Buletin

RENAULT DEDAH TRAK PIKAP ALASKAN

Renault menyertai segment trak pikap global apabila memperkenalkan model terbaharunya, Alaskan. Renault mendakwa Alaskan mampu menawarkan penjimatan bahan api terbaik dalam kelasnya menerusi enjin dCi bersesaran 2.3 liter.

Renault-Alaskan-pickup-truck-mekanika (1)

Dibina berasaskan kepada platform Nissan NP300 Navara, trak pikap itu berupaya membawa beban sehingga satu tan. Ia dilengkapi suspensi jenis multi-link di belakang, sama seperti model NP300 Navara.

Alaskan menggunakan bahasa rekaan Renault dengan logo yang besar pada gril hadapan. Tidak seperti model-model Renault lain, Alaskan mempunyai gril hadapan yang menegak.

Renault-Alaskan-pickup-truck-mekanika (2)

Alaskan direka untuk menjadi teman terbaik sama ada bagi kegunaan riadah  atau pemanduan harian. Walaupun tiada gambar yeng mendedahkan bahagian dalamannya, Alaskan dijangka tidak jauh berbeza dengan model dari Jepun itu.

Memandangkan ini merupakan model global, jadi Alaskan pasti akan dipasarkan di Eropah. Maka ia akan bersaing dengan trak pikap Fiat Fullback yang sudahpun dijual di sana. Fiat Fullback dibina menggunakan platform Mitsubishi Triton.

Renault-Alaskan-pickup-truck-mekanika (4)

Renault bersemangat untuk menyertai segmen trak pikap kerana kenderaan komersial ringan (LCV) merupakan pasaran strategik utama di Amerika Latin. Malah, trak pikap merangkumi lebih satu pertiga jualan LCV. Di peringkat global, sebanyak lima juta unit trak pikap dijual.

Google ads
Back to top button