Buletin

SUV BAHARU RENAULT KOLEOS DILANCAR, 2.5L 171PS, RM172,800

TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia hari ini memperkenalkan SUV utama Renault yang baru – Koleos serba baharu – buat pertama kalinya di Malaysia.

Direka dan diteliti demi memenuhi keperluan pembeli SUV di seluruh dunia, Koleos serba baharu jelas sepadan dengan rangkaian model mewah Renault. Ruang kabin luas, rangkaian ciri ekstensif yang ditawarkan dan kemasan yang dipilih dengan teliti menjadikan Koleos Baharu sebagai rujukan dari segi keselesaan serta kehalusan buatan dalam kelasnya

SUV penting dari Renault yang amat ditunggu-tunggu ini dijangka berada di semua bilik pameran Renault bermula pertengahan Oktober 2016. Sebelum ini, TCEC telah mengadakan satu sesi prebiu kepada orang awam di Mid Valley Mega Mall, Center Court, Ground Floor mulai 7 hingga 11 September 2016. Tempahan telah mula dibuka sejak awal bulan lalu.

RENAULT KOLEOS II (HZG) - PHASE 1

“Sebagai sebuah model utama, Koleos serba baharu akan dilancarkan secara berperingkat-peringkat di lebih 80 buah negara di seluruh dunia. Kami sangat berbangga kerana Malaysia menjadi antara beberapa buah negara terawal di dunia memperkenalkan SUV Renault yang sangat ditunggu-tunggu ini. Selaku model penting buat Renault, ia akan menjadi wajah utama untuk jenama ini di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TC Euro Cars, Kuan Kim Luen.

Sebagai tambahan kepada ruang kabin yang menjadi penanda aras dalam kelasnya, Koleos Baharu menawarkan but modular dan banyak tempat penyimpanan barang.

  • But bersaiz 550dm3 VDA, posisi lantainya boleh dialih dengan pintar pada ketinggian sama dengan but, sekali gus menawarkan lantai yang rata.
  • Sistem “Easy Break”: hendal-hendal pada but membolehkan tempat duduk belakang dilipat dalam konfigurasi 60/40 dengan pantas, sekali gus menawarkan kapasiti kargo mencecah 1,690dm3 VDA.
  • Storan tambahan sebanyak 35 liter, termasuk 11 liter pada glove box dan tujuh tempat menyimpan minuman di konsol tengah.

ACCESSORY - REVERSING CAMERA

Koleos serba baharu dilengkapi system multimedia R-LINK 2. Tablet ini ditawarkan pada seluruh rangkaian model mewah Renault. Ia mengkoordinasikan fungsi-fungsi seperti infotainmen, navigasi, telefon bebas tangan, radio dan ciri bantuan pemandu. Ciri-ciri utama ialah:

  • Format skrin potret bersaiz 8.7 inci
  • Fungsi-fungsi sentuhan seperti tablet peribadi (zoom dua jari, tatalan halaman, drag dan drop, dll)
  • Paparan navigasi yang realistik bersama imej bangunan 3D
  • Ketersambungan dan pilihan mengecas, termasuklah Bluetooth® untuk menggunakan telefon secara bebas tangan serta penstriman audio, satu port USB, satu soket jack 3.5mm, satu punca kuasa 12V dan bergantung kepada varian, satu slot kad SD
  • Ciri pengecaman suara untuk arahan navigasi dan telefon, di samping kemampuan untuk membaca email
  • Empat laman utama yang boleh diubah suai dengan widget untuk akses mudah ke atas fungsi yang paling kerap digunakan
  • Rangkaian luas aplikasi yang direka khas untuk kegunaan automotif boleh didapati daripada R-Link Store

RENAULT KOLEOS II (HZG) - PHASE 1

Data pemanduan, (kelajuan, RPM, penggunaan bahan api, dll) dipaparkan pada skrin warna bersaiz tujuh inci yang terletak di belakang stereng, selari dengan pandangan pemandu.

Pintu hadapan dan belakang boleh dibuka pada sudut 70 dan 77 darjah. Angka ini meletakkan Koleos Baharu antara SUV terbaik dalam kelasnya. Reka bentuk pintu melindungi sil daripada kotor. Langkah mengurangkan lebar pula sil membuatkan urusan masuk ke dalam kenderaan menjadi lebih mudah.

Koleos Baharu mendapat manfaat daripada pengalaman luas Renault dalam bidang keselamatan pasif. Ia nyata cemerlang dalam ujian-ujian bebas NCAP. Ciri-ciri berikut menjadi peralatan standard:

  • Dua beg udara adaptif yang mengembung berdasarkan kepada jenis impak dan posisi penumpang di dalam kereta
  • Dua beg udara lateral toraks/bahu untuk penumpang hadapan,
  • Dua beg udara jenis curtain
  • Blind Spot Warning
  • Perehat kepala anti-piat untuk penumpang hadapan dan belakang
  • Tempat duduk hadapan anti-gelongsor ke hadapan
  • Cagak ISOFIX belakang untuk tempat duduk kanak-kanak i-Size
  • Semua tali pinggang keledar dilengkapi ciri pra-regangan dan pengehad beban

RENAULT KOLEOS II (HZG) - PHASE 1

Pada masa yang sama, penggunaan besi regangan tinggi untuk kerangka enjin dan besi kukuh pada sel keselamatan penumpang berfungsi melindungi kabin jika berlaku kemalangan yang serius.

Menyentuh tentang keselamatan aktif, Koleos Baharu dilengkapi sistem kawalan kestabilan elektronik (ESC) generasi terkini, kawalan cengkaman, bantuan membrek, agihan tenaga brek elektronik dan hill start assist sebagai peralatan standard.

Untuk menambah aspek kemudahan dan keselamatan, beberapa ciri bantuan pemandu pada Koleos serba baharu boleh dikawal menggunakan tablet R-LINK 2. Antaranya termasuklah Blind Spot Warning (BSW), kamera pandang belakang dan hadapan, selain alat pengesan parkir pada bahagian belakang dan sisi.

Koleos serba baharu merupakan sebuah SUV yang memiliki gayaan sama dengan Talisman – model saloon keluarga bersaiz besar baharu Renault – padat dengan gaya dan kemampuan yang dikaitkan dengan segmen SUV.

RENAULT KOLEOS II (HZG) - PHASE 1

Garis pada bonet menunjukkan reka bentuk kenderaan yang penuh kuasa. Impresi itu ditingkatkan lagi menerusi kehadiran beberapa kemasan krom. Ini termasuklah jalur yang membuatkan bahagian hadapan kelihatan lebih panjang. Sekali gus membelikan impresi yang dinamik dan elegan. Unik dalam segmennya, ciri ini jelas membezakan Koleos serba baharu daripada SUV lain.

Tapak roda sepanjang 2,705mm – panjang keseluruhan kenderaan 4,672mm – disifatkan sebagai yang paling panjang dalam kelasnya. Ini membolehkan Koleos serba baharu menawarkan ruang dalaman yang luas dan memposisikan dirinya sebagai SUV segmen D.

Pada bahagian belakang, gaya trademark Renault dapat dilihat dengan jelas. Lampu horizontal memberi impresi yang lebar dan membuatkan mata mahu melihat ke arah logo Renault yang terletak di tengah-tengah. Kemasan krom pada bahagian bawah bampar belakang menyerlahkan bentuk ekzos berkembar. Perincian ini menyempurnakan lagi reka bentuk luaran Koleos serba baharu secara keseluruhannya.

RENAULT KOLEOS II (HZG) - PHASE 1

Koleos serba baharu menampilkan rangkaian kuasa dan teknologi Renault yang telah terbukti. Enjin petrol 2.5 liter yang berkuasa dipadankan dengan transmisi automatik X-Tronic baharu untuk meningkatkan prestasi serta keseronokan memandu. Pada masa yang sama mengoptimumkan penjimatan bahan api.

Enjin yang efisien ini mampu menjana kuasa maksimum 171 PS dan tork puncak 226Nm. Ia juga sangat responsif pada kelajuan enjin yang rendah dan sederhana dengan tork 200Nm boleh diperoleh pada rpm serendah 1,800rpm.

Renault Koleos serba baharu dijangka dipasarkan di setiap benua. Jadi, spesifikasi peralatannya boleh disesuaikan dengan cuaca berbeza di mana sahaja ia akan dipandu.

 

Renault Koleos serba baharu ditawarkan pada harga pengenalan yang telah diumumkan sebelum ini iaitu RM172,800

 

Sama seperti semua model penting Renault, Koleos serba baharu hadir bersama jaminan pengeluar selama lima tahun dan perbatuan tanpa had. Jaminan ini disokong sepenuhnya oleh Renault dan tidak dikendalikan oleh mana-mana syarikat insurans. Maka terma dan syarat serta alat ganti yang dilindungi adalah konsisten dari tahun pertama pemilikan sehinggalah tempoh jaminan tamat.

 

 

 

 

 

Google ads
Back to top button