Artikel Pilihan

LORI KONTENA PANDU SENDIRI HABISKAN PERJALANAN 1529KM, 10 JAM LEBIH PANTAS

Teknologi pandu sendiri bagi trak atau lori kontena yang biasa melakukan perjalanan jarak jauh kelihatan agak mustahil untuk dilaksanakan buat masa sekarang, tapi ini bermakna ia bukannya mustahil untuk dilaksanakan. Buktinya ialah sebuah lori kontena melengkapkan perjalanan dari Arizona ke Oklahoma dengan membawa buah tembikai

TuSimple iaitu syarikat yang membangunkan teknologi swapandu bagi lori ini mengatakan 80% perjalanan ini dilakukan oleh sistem swapandu dan baki 20% dipandu oleh pemandu yang berada di dalam kabin dan memantau keadaan sistem jika keadaan memerlukan

Berbeza dengan kereta yang datang bersama teknologi swapandu, trak swapandu biasanya dipandu dengan lebih perlahan dan memiliki parameter spesifik bagi halaju maksimum. Bagi pemandu trak pula, undang undang menetapkan bawaha mereka hanya dibenarkan memandu selama 11 jam maksimum bagi setiap 14 jam perjalanan selain daripada berhenti untuk makan dan ke tandas

Bagi perjalanan yang dibuat dengan teknologi swapandu, masa yang diperlukan sepatutnya 24 jam telah berkurang kepada 14 jam dan 6 minit sahaja. Malah bagi barang mentah iaitu buah-buahan yang dibawa oleh lori ini, ia boleh sampai ke pengguna lebih awal dan dalam keadaan yang segar menjadikan pembeli akan membeli lagi buah tembikai segar pada masa akan datang

TuSimple juga menjelaskan buat masa ini terdapat lebih 20 pelanggan tetap yang telah membli sistem swapandu level 2 yang dibangunkan oleh mereka, menjadika transisi ke arah pandu sendiri lebih mudah dan senang. Untuk rekod, teknologi yang dibangunkan oleh TuSimple ini adalah level ke 4

Semua sensor akan bekerjasama dengan sistem kepandaian sendiri yang boleh melihat 1000 metre ke hadapan pada setiap masa dan menganggarkan jumpalh tenaga yang lebih efisyen menjadikan penggunaan bahan api menurun sebanyak 10%

Google ads
Back to top button