Buletin

REVOLUSI TAWARAN MAKANAN JALANAN. KINI MUNCUL KONSEP STREET FOOD E-BIKE

Basikal elektrik mula memasuki pelbagai aspek kehidupan seharian. Dari kegunaan untuk berulang-alik, sukan dan hobi masa lapang, basikal elektrik mempunyai banyak potensi untuk mobiliti masa depan manusia. Ia kini dilihat mula memasuki industri arus perdana dengan basikal kargo elektrik dan trike secara beransur-ansur mengambil alih kerja penghantaran dan motosikal.

Satu konsep baru yang muncul daripada SmartEbike Itali ialah basikal elektrik untuk jualan makanan jalanan. Walaupun masih dalam fasa konsep, Street Food E-Bike diiklankan sebagai alternatif yang menarik dan bergaya kepada troli makanan yang lama.

Perniagaan kecil seperti ini berkembang pesat di seluruh Asia dan Eropah, serta di bahagian AS. Menurut syarikat itu, Street Food E-Bike boleh menyimpan ais krim, kopi, bir dan pelbagai hidangan.

SmartEbikes telah mereka bentuk Street Food E-Bike untuk menjadi agak ringan dan mampu pergi ke tempat yang tidak dapat dilakukan oleh trak makanan lain. Ia menampilkan badan gentian kaca terlindung sepenuhnya dan mempunyai tiga roda yang kemudiannya akan dicat dan dikonfigurasikan mengikut reka bentuk pembeli inginkan.

Tambahan pula, ia menampilkan bumbung matahari teleskopik elektrik sepenuhnya, lampu LED dan motor elektrik bantuan pedal. Bagi memastikan julat bateri yang maksimum, panel fotovoltaik di atas bumbung membolehkan bateri dicas semasa anda menjalankan perniagaan.

Panel solar di atas bumbung yang membolehkan penggunaan selama 15 jam pada hari cerah dan 10 jam penggunaan pada hari mendung. E-basikal itu juga menggunakan dua pek bateri, yang mengambil masa lapan jam untuk dicaj sepenuhnya melalui pengecas 220V.

Ciri lain termasuklah paparan digital yang membolehkan anda menyemak tahap bateri, suhu dan maklumat lain. SmartEbike bakal mengeluarkan versi Street Food e-bike, di mana model tertinggi dilengkapi semua aspek teknikal tercanggih. Manakala versi lebih murah tidak didatangkan dengan kanopi teleskopik dan panel solar.

Buat masa sekarang, Street Food e-bike masih dalam fasa konsep. SmartEbike juga sedang giat mencari dana di Indiegogo. Harapnya ia kan menjadi model mampu milik dan boleh digunakan selayaknya.

GALERI:

Google ads
Back to top button