Motosikal

BASIKAL ELEKTRIK DELFAST DIPASANG ROKET. NAK LETUPKAN KERETA KEBAL RUSIA

Pihak tentera Ukraine dilaporkan menggunakan basikal elektrik bersenjata peluru berpandu untuk mengusir kereta kebal Rusia.

Basikal elektrik berkenaan dibekalkan kepada tentera oleh pembikin basikal elektrik, Delfast.

Ia telah diubah suai pihak tentera untuk membawa roket NLAW atau senjata anti-perisai lain.

United Kingdom (UK) telah membekalkan peluru berpandu NLAW kepada tentera Ukraine sejak konflik bermula di negara terbabit.

Penggunaan peluru berpandu anti-kereta kebal menjadi pemain utama dalam keupayaan Ukraine melemahkan kemaraan Rusia.

NLAW bertindak menyasarkan titik lemah antara turret tangki dan badan kereta kebal.

Sistem komputer akan melakukan sasaran sebanyak 95 peratus bermakna tentera perlu mencari lokasi selamat sahaja sebelum melancarkan serangan pada sasaran. –yahoo news

Google ads
Back to top button