Buletin

PROTON SAH JADI PENGEDAR KENDERAAN SMART DI MALAYSIA DAN THAILAND. MULA JUAL Q4 2023

Proton hari ini memuktamadkan perjanjiannya untuk menjual dan servis kenderaan tenaga baharu (EV) premium daripada smart Automobile Company (smart) di Malaysia dan Thailand dengan menandatangani Perjanjian Pengedaran Am.

Dalam majlis perjanjian berkenaan, kedua-dua pihak bersetuju untuk membuka jalan kepada pengenalan model EV oleh Proton. Proton dijangka mula model smart pada sukir akhir tahun 2023.

Perjanjian ini bukan sekadar menjual model smart, tetapi ia turut melibatkan proses pembangunan keseluruhan bagi menembusi pasaran kenderaan tenaga baharu. Sebagai contoh, Proton mahu melabur dalam rangkaian pengecasan dengan kerjasama pembekal pengecasan tempatan.

Ia juga berhasrat untuk menyedia dan memasang unit domestic untuk pelanggan yang mahu mengecas EV mereka di rumah.

Proton mahu memodelkan operasi jualan untuk smart seperti yang dilakukan oleh smart di pasaran lain. Penekanan akan diberikan ke atas aspek integrasi gaya hidup digital yang merangkumi perancangan perjalanan, pengecasan dan pertimbangan pembelian.

Antara perkara yang sedang diteroka oleh Proton adalah untuk menarik bakat muda. Justeru, Proton akan melaksanakan rancangan jangka panjang untuk melestari dan meningkatkan kecekapan tenaga muda. Selain menaikkan skor ESG bagi menarik minat pekerja industri automotif generasi akan datang.

“Hari ini merupakan satu langkah besar buat Proton untuk menembusi pasaran kenderaan tenaga baharu. Fasa pertama peniagaan dengan smart bukan hanya tertumpu kepada penjualan semata-mata.

“Malah akan mengambil pengalaman dan pengetahuan yang berharga bukan sahaja dari segi pengendalian servis dan pengecasan EV, tetapi mengubah cara kami berinteraksi dengan pengalaman. “Peralihan ke dalam pasaran baharu ini akan memacu Proton kea rah menjadi lebih mesra alam dalam semua operasinya. Sekali gus membantu Malaysia mencapai sasaran neutrality karbon menjelang tahun 2050,” kata Ketua PegawaiEksekutif Proton, Dr. Li Chunrong.

Google ads
Back to top button