Buletin

ROBOT TOYOTA BANTU PESAKIT UNTUK BERJALAN SEMULA

 

Toyota Motor Corporation (TMC) akan melancarkan perkhidmatan sewaan robot mulai musim luruh tahun ini. Dikenali sebagai Welwalk WW-1000, robot tersebut direka untuk membantu proses pemulihan pesakit yang mengalami masalah lumpuh anggota badan akibat serangan strok atau sebab-sebab lain.

Welwalk WW-1000 hadir bersama fungsi sokongan pemulihan lain berdasarkan kepada teori pembelajaran motor. Ia juga mampu mengubah tahap kesukaran penggunaannya bergantung kepada kesesuaian pesakit. Selain dapat memberi maklum balas tentang gaya jalan penggunanya.

Binaan dan fungsi ringkas membolehkannya ia mudah untuk digunakan serta dipasang pada pesakit. Malah operasi panel sentuhan berpusat dilihat sesuai dengan persekitaran klinikal.

Toyota mula menghasilkan robot pada tahun 1980-an. Sejak itu, ia telah mengaplikasikan teknologi produksi dan pembangunan kenderaan untuk memajukan lagi teknologi Partner Robot. Di mana robot dilihat sebagai teman dan memberi sokongan kepada manusia.

Visi teknologi Partner Robot adalah untuk menawarkan kebebasan mobiliti kepada semua serta mengambil kira populasi warga emas yang kian meningkat di Jepun. Justeru, Toyota membangunkan teknologi Partner Robot yang merangkumi empat aspek penting iaitu sokongan hidup warga emas, sokongan perubatan, sokongan kehidupan peribadi dan sokongan kebajikan.

Teknologi itu akan membantu golongan tua untuk hidup lebih berdikari dan memberi sokongan kepada penjaga mereka. Pembangunan robot-robot pemulihan bermula pada penghujung tahun 2007 dengan kerjasama Hospital Universiti Kesihatan Fujita di Aichi, Jepun.

Sejak tahun 2011, ujian telah dijalankan di kemudahan hospital. Di antara tahun 2014 dan akhir Mac 2017, robot-robot bantuan latihan berjalan telah dipasang di 23 buah kemudahan perubatan di seluruh Jepun bagi tujuan penyelidikan.

Maklum balas daripada pesakit dan kakitangan penjagaan kesihatan klinikal menyatakan bahawa robot-robot itu berpotensi membantu proses penyembuhan anggota bawah badan. Hasilnya, penggunaan robot sebagai satu peranti perubatan telah diluluskan dan diiktiraf secara rasmi.

BACA: HARGA TOYOTA AVANZA, SIENTA & RUSH KEKAL, TIADA KENAIKAN

BACA: SUZUKI SWIFT SPORT BAHARU, 870kg – NISBAH BERAT-KUASA LEBIH BAIK DRPD TOYOTA 86!

Google ads
Back to top button