Buletin

ROLLER- COASTER ROSAK. DUA JAM TERPERANGKAP PADA KETINGGIAN 46 METER. NANGIS LAA MACAM NI

Bayangkan roller-coaster mengalami kerosakan pada ketinggian 46 meter dan anda terperangkap selama dua jam.

Ini yang berlaku kepada para penumpang taman tema Fantasy Island di Skegness, Lincolnshire.

Imej pasukan penyelamat dalam misi menyelamatkan para penumpang tersebar pada Ahad lalu.

Seorang mangsa, Carly Tarry merupakan antara 12 penumpang terperangkap dalam insiden tersebut. Dia menaiki roller-coaster bersama anak dan anak-anak saudaranya.

Dia memberitahu Lincolnshire Live, roller-coaster bergerak seperti biasa tetapi terhenti secara tiba-tiba ketika hampir berapa di puncak landasan. Ia bergerak sedikit ke hadapan dan berhenti semula.

“Pasukan penyelamat membawa turun anak saudara lelaki saya terlebih dahulu. Ini kerana dia sangat takut dan menjerit sekuat hati. Mereka kemudian menyelamatkan anak saudara perempuan saya.

“Ketika kejadian, kami boleh mendengar orang menangis di bahagian hadapan malah anak perempuan meminta pasukan penyelamat menyelamatkan mereka terlebih dahulu. Saya sangat berbangga dengan tindakan anak saya itu,” katanya.

Dia menambah, mereka perlu keluar dari roller-coaster dalam keadaan mengerikan. Anda tidak menyedari betapa tinggi kedudukan roller-coaster itu. Pengalaman yang sangat menakutkan.

Dalam pada itu, jurucakap Fantasy Island berkata terdapat kerosakan pada sistem keselamatan yang direka untuk menjaga keselamatan penumpang.

“Kami boleh mengesahkan terdapat perkara berlaku di Fantasy Island melibatkan roller-coaster Millenium.

“Kerosakan pada pemacu roller-coaster menyebabkan salah satu daripada lapisan sistem keselamatan terkunci dan terhenti,” katanya. – agensi.

Tags
Google ads
Back to top button