Buletin

RAKAM VIDEO TIKTOK ATAS JAMBATAN SURAMADU, 3 ORANG ACIK DIBURU POLIS

Tiga orang wanita yang dikatakan bertatus ibu kini dicari polis Indonesia kerana merakam video TikTok di tengah-tengah jambatan. 

Menurut laporan Tribune News, video pendek ketiga-tiga orang makcik yang berpakaian seragam ‘Channel’ berwarna kuning itu menari diiringi lagu Hindustan.

Mereka dikendaki polis kerana merakam video dan berhenti di atas jambatan Suramadu yang menghubungkan Surabaya dan Madura.

Polis Pelabuhan Tanjung Perak Surabaya, Achmad Faisol Amir menegaskan pihaknya mahu semua yang terbabit dalam penghasilan video tular berdurasi 17 saat itu berkenaan memohon maaf.

Tindakan itu adalah sebagai pengajaran kepada orang awam yang gemar berhenti di tengah jambatan sesuka hati. Mereka semua disiasat berdasarkan kepada rakaman kamera litar tertuup (CCTV) yang dipasang di jambatan berkenaan. 

“Memberhentikan kenderaan di tengah-tengah jambatan menyalahi peraturan lalu lintas. Namun, masih ramai pemandu yang melakukannya kerana mahu merakam gambar dan video,” kata Achmad Faisol. 

Berikutan perkembangan itu, Polis Pelabuhan Tanjung Perak Surabaya telah meningkatkan kawalan di jambatan Suramadu demi memastikan tiada pemandu berhenti di sana. – Harian Metro 

Google ads
Back to top button