Buletin

SAAT-SAAT AKHIR SEBELUM KEMALANGAN BERJEMAAH 14 BUAH KERETA DI NURBURGRING (+VIDEO)

Selain dikenali sebagai sebuah litar yang banyak merekodkan kejayaan pengeluar seluruh dunia, Nurburgring juga turut menempa sejarah sebagai antara litar paling bahaya, malah untuk pemandu berpengalaman sekalipun.

Mungkin antara yang paling tidak boleh dilupakan ialah kemalangan Hiromu Naruse ketika menguji Lexus LFA edisi Nurburgring yang meragut nyawanya. Naruse, 67 tahun merupakan salah seorang pemandu ujian yang sangat cekap dan antara individu yang paling dihormati dalam industri.

Ratusan selekoh mencabar dan kadar penglihatan yang terhad menjadikan “neraka hijau” ini salah satu litar paling digeruni. Namun begitu, ia sebuah litar yang cukup komprehensif untuk menguji mana-mana mesin dan pada hujung minggu, ia jadi kegemaran para pemandu di Eropah untuk memandu di sana.

Baru-baru ini, berlaku lagi satu kemalangan yang melibatkan 14 buah kereta. Kecelekaan ini dipercayai bermula dengan sisa cecair yang tumpah dari sebuah Porsche 911 GT3RS.

Kemalangan awal berlaku akibat dari padangan sudut selekoh yang terhad. Kemudian, datang lagi kereta dari belakang dan berlakulah kemalangan secara beramai-ramai.

Video dari salah seorang pelumba menunjukkan saat-saat berbahaya insiden ini. Apa yang mengejutkan tiada marshall yang bertugas memberi amaran kepada kenderaan di belakang tentang situasi litar di sudut Hatzenbach yang biasanya orang memecut hampir 200km/j di sini.

Walaupun melibatkan 14 buah kenderaan, namun hanya dua sahaja pemandu yang cedera dan diterbangkan ke hospital berhampiran.

 

 
 
 
Google ads
Back to top button