
Motosikal
MV AGUSTA BERI JAMINAN PAMERAN MEMUKAU DI EICMA, NOVEMBER INI
Kurang beberapa minggu sahaja lagi, pameran motosikal berprestij dan terbesar dunia, EICMA akan berlangsung di Milan, Itali, November ini.

Jenama motosikal premium Itali, MV Agusta juga antara yang akan terlibat dalam pameran kali ini berdasarkan kenyataan media dikeluarkan pada Selasa.
Menurut MV Agusta, selain mempamerkan barisan model sedia ada, mereka akan turut mendedahkan entri terbaru bagi tahun 2025.

“Pameran tahun ini menjanjikan barisan motosikal yang akan mencuri perhatian peminat menerusi tema “Motorcycle Art”. Tema ini menggabungkan unsur teknologi dan reka bentuk terbaik.
“Pengunjung juga berpeluang melihat lebih dekat model seperti Rush mamba, Enduro Veloce dan model eksklusif Superveloce 1000 Serie Oro.”