Advertorial

LEXUS RZ – SUV ELEKTRIK PREMIUM BUATAN JEPUN PERTAMA DI MALAYSIA

Sebenarnya tidak ramai pengguna yang berani untuk mencuba teknologi baru, terutama dalam pengenalan kereta elektrik daripada jenama yang baru membuat kemunculan dalam pasaran.

Bagi sesetengah pemandu, mereka sudah ada jenama automotif terkemuka yang memberikan keyakinan dalam pemilikan kenderaan. Misalnya, Lexus yang bukan sahaja merupakan jenama mewah dan premium. Malah disokong oleh aspek kebolehpercayaan produk yang cukup tinggi.

Apa yang menjadikan Lexus lebih bagus ialah ia merupakan jenama mewah pertama dari Jepun yang menawarkan SUV elektrik kepada pelanggan yang mahukan jentera berkuasa elektrik sepenuhnya.

Berbeza dengan pendekatan pengeluar lain yang berlumba-lumba mengeluarkan kereta elektrik secepat mungkin, Lexus dilihat mengambil pendekatan sangat berhati-hati. Terutama dalam aspek pembangunan bateri dan sokongan teknikal rangkaian pusat servis.

Lexus RZ dibina menggunakan platform khusus untuk elektrik dikenali sebagai e-TNGA dalam usaha untuk menjadikan Lexus sebagai jenama kenderaan elektrik premium.

e-TNGA merupakan platform serba baru yang ringan, tegar, kuat dan mampu menawarkan pengalaman yang mengujakan menerusi agihan strategik beban seperti motor dan bateri.

Imej korporat Lexus iaitu Spindle Grill digantikan dengan falsafah rekaan baru elektrik iaitu Spindle Body & Seamless E-Motion. Ia menekankan aspek kecekapan aerodinamik dan rekaan yang seimbang dalam semua sudut pandangan. Selain penggayaan agresif yang menjadi hala tuju rekaan kenderaan elektrik Lexus yang moden.

Kemasan dalaman kabin datang dengan kusyen balutan Ultrasuede dan kemasan Tsuyasumi pada bahagian papan pemuka yang menggabungkan corak kemasan kayu dan warna berkilat seakan-akan arang.

Ruang pemandu Lexus RZ pula menampilkan konsep Tazuna, perkataan Jepun yang menggambarkan pengalaman menunggang kuda dengan beberapa ciri khas bagi memudahkan kawalan pemandu.

Antaranya ialah penggunaan tombol gear rotary, skrin multimedia bersaiz 14 inci, skrin paparan digital di depan pemandu dan Head Up Display. Semua ciri tersebut mampu mengurangkan pergerakan mata dan kepala pemandu dari jalan raya.

Ciri Active Sound Control bukan sahaja memastikan ruang kabin menjadi lebih senyap. Malah menghasilkan efek yang membuatkan pengalaman pemanduan lebih mengujakan dengan menghasilkan bunyi pecutan melalui pembesar suara khas.

Sistem sokongan infohibur pula menawarkan kualiti bunyi yang cukup bagus menerusi sistem 15 unit pembesar suara Mark Levinson. Sistem itu berupaya menjana kualiti audio kualiti tinggi seperti anda berada di dalam studio rakaman.

Bateri lithium-ion sejukan cecair berupaya menampung tenaga sehingga 71.4kWh, membenarkan pemanduan sehingga 440km untuk satu pengecasan penuh. Lexus RZ datang dengan teknologi agihan kuasa DIRECT4 All Wheel System yang boleh mengawal agihan kuasa kepada dua motor elektrik yang ada pada gandar depan dan belakang.

Dua unit motor elektrik itu berupaya menjana sehingga 313HP dan tork setinggi 435Nm. Agihan kuasa tersebut boleh dibuat sama ada 100% pada roda depan, 100% roda belakang atau pun pada nisbah 40:60 dan 60:40 di antara roda depan dan belakang.

Motor elektrik berkuasa itu membenarkan Lexus RX memecut dari 0-100km/j dalam masa 5.3 saat sahaja

Bateri ion lithium yang digunakan oleh Lexus RZ disokong oleh sistem pengecasan arus ulang alik 11kW ataupun sistem pengecasan pantas 150kW. Ini membenarkan pengecasan pantas dari 10% ke 80% disiapkan dalam masa 30 minit sahaja.

Bateri lithium-ion yang digunakan oleh Lexus juga datang dengan ketahanan yang cukup tinggi. Ia mampu mengekalkan keadaan bateri pada paras 90% walaupun selepas 10 tahun dipandu.

Lexus RZ diawasi sepenuhnya sepanjang pemanduan menerusi sistem keselamatan aktif Lexus Safety System +. Sistem itu merangkumi Front Pre-Collision System, Dynamic Radar Cruise Control (termasuk Stop & Go dan Curve Speed Reduction), Lane Keep Assist, Adaptive High Beam System dan Active Cornering Assist.

Jenama Lexus disokong oleh jaringan pusat servis yang mapan di dalam negara. Di samping hospitaliti, kemudahan pusat servis bertaraf lima bintang dan dibantu oleh pasukan teknikal servis yang cukup berdedikasi.

Jangan lepaskan peluang untuk melihat lebih dekat Lexus RZ dan pelbagai model Lexus lain di Affin x Lexus Event pada 17 hingga 18 Oktober 2024 di Menara Affin.

Nikmati kopi percuma sambil memandu uji, dan daftar minat anda untuk hadiah eksklusif! Lexus RZ ditawarkan dengan Lexus Exclusive Promo dengan rebat sebanyak RM 17,000 dan juga kredit pengecasan yang bernilai RM 10,000 sementara stok masih ada.

Layari laman sesawang Lexus untuk maklumat lanjut dan jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Google ads
Back to top button