Buletin

LEAPMOTOR C10 RASMI DILANCARKAN – 214HP, TAWAR JARAK GERAK 424KM, HARGA BERMULA RM149K

Jenama EV dari Stellantis, Leapmotor hari ini secara rasmi melancarkan Leapmotor C10 untuk pasaran tempatan.

Dari segi dimensi, Leapmotor C10 mempunyai ukuran 4,739mm panjang, 1,900mm lebar, 1,680mm tinggi dan jarak roda diletakkan pada 2,285mm.

C10 menawarkan ruang but seluas 435 liter dan kapasiti sehingga 1,410 liter apabila tempat duduk dengan konfigurasi 60/40 itu dilipat rata.

Untuk memberi lebih kemudahan, pintu belakang kuasa boleh dioperasi dengan beberapa pilihan ketinggian.

la hadir dalam warna hijau (Glazed Green), putih Mutiara (Pearly White) dan kelabu (Canopy Grey atau Tundra Grey), serta dua warna dalaman iaitu coklat (Criollo Brown) khas untuk warna Glazed Green atau hitam (Midnight Aurora).

Di bahagian hadapan, C10 menampilkan sepasang lampu utama LED angel wing dengan lampu nyalaan siang (DRL) binaan dalam.

Corong kemasukan udara dengan fungsi Penutup Gril Aktif (AGS) pada bampar hadapan berfungsi untuk menyejuk dan menambah baik aspek aerodinamik.

Manakala apron pengambilan udara horizontal pada bahagian tepi tampil dengan kemasan yang menarik.

Bonet hadapan direka untuk melindungi pejalan kaki. Rekaan bahagian sisi C10 yang tersendiri itu nyata elegan dengan garis badan 3-selari dan rim “Trident’ bersaiz 20-inci.

Bukan itu sahaja, spoiler belakang hadir dengan pengelap cermin tersembunyi dan bar lampu animasi LED yang menyerlahkan lagi estetika kontemporarinya.

Di dalam kabin, ia dilengkapi dua skrin terapung untuk paparan infotainmen dan kluster instrumen digital, masing-masing berukuran 14.6-inci dan 10-inci.

Pendekatan minimalis ini turut dapat dilihat melalui kemasan dalaman menggunakan material Oeke Tex, hadir dalam pilihan warna tan atau kelabu gelap.

Perincian lain termasuklah lampu ambien, pad pengecas tanpa wayar, kerusi hadapan dengan ventilasi dan pemanas, serta bumbung kaca panorama yang besar dengan langsir elektrik.

Leapmotor ialah syarikat pertama memperkenalkan teknologi Sel ke Chasis (Cell-To-Chassis, CTC) 2.0 yang memberi penekanan terhadap aspek pemasangan pintar sewaktu proses pengilangan dengan mengintegrasikan pek bateri ClO ke dalam struktur.

Ini membolehkannya menggunakan input pengecasan yang fleksibel termasuklah teknologi 800V/400V dan pengecasan super 4C/2C, ketegaran torsi 42,500Nm/deg untuk meningkatkan aspek keselamatan serta menambah baik aspek pengurusan suhu yang mengekang penyebaran haba sehingga 720 minit.

C10 dipadankan bersama bateri Lithium-Iron Phosphate (LFP) berkapasiti 69.9kWh, menawarkan jarak gerak sehingga 424km WLTP.

C10 untuk pasaran tempatan menampilkan motor elektrik berkuasa 214hp dipasang di belakang dan menghasilkan tork 320Nm.

C10 mempunyai daya pecutan dari 0 ke 100km/j dalam masa cuma 7.5 saat.

Sistem pengecasan, bateri dan jarak pemanduan ClO adalah seperti berikut:

  • Jarak Pemanduan: 424 KM (WLTP) / 477 KM (NEDC)
  • On-Board Charger (Maksimum): 6.6kW
  • Kapasiti maksimum pengecasan AC: 6.6kW
  • Kapasiti maksimum pengecasan DC: 84kW
  • Tempoh pengecasan DC (30%-80%): 30 Minit
  • V2L Discharge Output: 3.3kW

Bagi aspek Keselamatan, SUV elektrik Leapmotor ClO serba baharu menawarkan rangkaian ciri keselamatan yang komprehensif seperti 7 beg udara dan sistem ADAS Tahap 2 Leap Pilot bersama fungsi-fungsi canggih berikut:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
Lane Centering Control (LCC)
Traffic Jam Assist (TJA)
  • Front Collision Warning (FCW)
  • Autonomous Emergency Braking (AEB)
  • Blind Spot Detection (BSD)
  • Door Opening Warning (DOW)
  • Emergency Lane Keeping (ELK)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Lane Keep Assist (LKA)
  • Rear Collision Warning (RCW)
  • Rear Cross-Traffic Alert And Braking (RCTA + RCTB)
  • Intelligent Speed Assist (ISA)
Driver Drowsiness Alert Warning (DDAW)
  • Advanced Driver Distraction Warning (ADDW)

SUV elektrik Leapmotor C1O serba baharu ditawarkan dengan harga pengenalan RM149,000 di atas jalan tanpa insurans untuk tempoh terhad.

Harga pengenalan ini sah untuk tempahan yang dibuat sehingga 30 November 2024.

Selepas tempoh ini habis, Leapmotor C10 akan ditawarkan pada harga RM159,000.

SUV elektrik Leapmotor C10 serba baharu hadir dengan jaminan selama 6 tahun atau perbatuan sejauh 150,000km*, mana-mana tiba dahulu serta jaminan bateri selama 8 tahun atau 160,000km, mana-mana tiba dahulu.

Selang servis adalah selama 1 tahun atau 20,000km, mana-mana tiba dahulu.

* Lindungan termasuk jaminan pengeluar selama 4-tahun ditambah dengan jaminan lanjutan penuh selama 2-tahun.

GALERI:

Google ads
Back to top button