Buletin

SAKSIKAN PERLUMBAAN VIOS CHALLENGE DAN HIBURAN FESTIVAL TOYOTA GAZOO RACING ATAS TALIAN

Walaupun perlumbaan Vios Challenge yang mendebarkan tidak dapat dianjurkan pada tahun 2020 gara-gara pandemik COVID-19, UMW Toyota Motor Malaysia nekad untuk meneruskan perlumbaan tersebut pada tahun ini.

Bagi mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, acara perlumbaan itu terpaksa diadakan secara tertutup. Jadi, tiada penonton dibenarkan masuk untuk menyaksikan perlumbaan berkenaan secara langsung.

Namun bagi peminat tegar jentera Toyota Vios, anda tidak perlu khuatir dan kecewa kerana UMW Toyota Motor Malaysia akan membawakan perlumbaan itu secara siaran langsung di atas talian.

Segala persiapan rapi telah dibuat bagi memastikan peminat dapat menikmati suasana dan perkembangan perlumbaan, karnival dan  persembahan artis tersohor tanah air yang akan memeriahkan suasana perlumbaan.

“Sudah hampir setahun perlumbaan tertangguh. Saya yakin perlumbaan pertama musim ini akan lebih hebat dari segi persaingan.

“Kepada semua peminat, kami menjanjikan aksi yang terbaik di dalam litar. Ini termasuklah penyediaan pelbagai program berbentuk hiburan yang akan dibawakan secara langsung dalam talian,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Berbeza dengan perlumbaan Festival TOYOTA GAZOO RACING sebelum ini yang membawa elemen hiburan dan rekreasi pada semua ahli keluarga, kehangatan festival perlumbaan ini boleh dirasai walaupun dibawa secara langsung menerusi laman web rasmi Toyota Malaysia dan Facebook.

Terdapat 4 kategori perlumbaan yang akan dipertandingkan semasa festival. Kategori Promotional membariskan artis popular tanahair, Sporting bagi kategori amatur, Super Sporting untuk pemandu profesional dan Rookie bagi pelumba baharu.

Shukri Yahaya, Zizan Razak dan Janna Nick, pelawak Nabil Ahmad, penyanyi Khai Bahar, Nabila Razali dan Wany Hasrita, penulis lagu Talitha Tan dan personaliti TV Ahirene Ahirudin akan berentap dalam kategori Promotional. Juara 2 kali kategori Promotional iaitu Shawn Lee pula akan bersaing dalam kategori Sporting.

Bagi mewarnai Festival TOYOTA GAZOO Racing, peminat hiburan tempatan dipelawa menyanyi dan berlakon dalam segmen Jom Duet Bersama Khai Bahar, Wany Hasrita and Nabila Razali.

Penonton boleh meneka lagu yang dinyanyikan oleh selebiriti sambil memakai topi keledar perlumbaan dalam segmen Melodi Misteri.  

Penionton juga berpeluang menyaksikan pelumba-pelumba muda Toyota iaitu Mika Hakimi, 17; Naquib Azlan, 20; Amer Harris, 17; Jwan Hii, 18; Putera Adam, 14; dan Troy Eiman, 16 bertarung dengan Duta GAZOO Racing Malaysia dan juara bertahan kategori Super Sporting  Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel dalam pelbagai cabaran yang menguji kepantasan masing-masing dalam acara Arena Bersama Rookies & Tengku Djan.

Siaran bermula dari jam 8.45am – 12.10pm, dan 2.00pm – 6.00pm pada Sabtu serta  dari jam 10.4am – 1.00 pm dan 1.30 pm – 5.30pm pada Ahad.

Google ads
Back to top button