Buletin

SCHNEIDER ELECTRIC LANCAR HAB PENGECASAN DC DI PETALING JAYA, JALIN KERJSAMA DENGAN JUSEV

Schneider Electric, peneraju dalam transformasi digital pengurusan tenaga dan automasi, hari ini melancarkan EVlink Pro DC baharu, Pengecas Pantas EV (DC) 180KW dan merupakan hab pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) awam pertamanya di Petaling Jaya.

Inisiatif ini adalah kerjasama bersama JusEV, pengendali rangkaian pengecasan tempatan yang mengkhusus dalam peralatan bekalan kenderaan elektrik (EVSE) untuk segmen rumah, awam dan komersial.

Schneider Electric dan JusEV juga memeterai perjanjian untuk memasang lebih 100 pengecas, dengan 10 peratus adalah pengecas pantas DC, di kedua-dua bangunan persendirian mahupun komersial menjelang 2024.

Terletak di Plaza 33, Bangunan Hijau yang disahkan berstatus MSC di persimpangan Jalan Kemajuan dan Jalan Semangat di Petaling Jaya, hab pengecasan EV baharu itu akan dikendalikan oleh JusEV.

“Dengan hampir 90 peratus pengecasan EV dijangkakan dalam perancangan, pelancaran hab pengecasan EV awam pertama kami, bersama rakan kongsi kami JusEV mewakili satu langkah ke arah pembangunan infrastruktur pengangkutan yang mampan di Petaling Jaya.

“Di Schneider Electric, kami komited untuk menyumbang kepada usaha penyahkarbonan sektor mobiliti Malaysia.”

“Kami yakin bahawa usaha strategik ini adalah sejajar dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR), yang bertujuan untuk mewujudkan 10,000 titik pengecasan EV di seluruh negara menjelang 2025,” kata Presiden Schneider Electric Malaysia, Eugene Quah.

EVlink Pro DC Schnieder Electric, direka untuk perlindungan menyeluruh dan kecekapan tenaga yang dipertingkatkan, sesuai untuk digunakan di bangunan komersial serta premis industri.

Tambahan, kecekapan tenaga Schneider Electric memastikan pemilik bangunan dan pengendali armada memperoleh penglihatan, kawalan serta kecekapan tenaga yang lebih baik.

Pengecas juga disertakan dengan perkhidmatan sokongan daripada rangkaian juruteknik mahir di seluruh dunia bagi memastikan operasi dan penyelenggaraan yang optimum untuk infrastruktur EV.

Untuk rekod, EVlink Pro DC membolehkan pengecasan sehingga 80% hanya dalam masa 20 minit.

EVlink Pro DC menampilkan pilihan kuasa berskala antara 120kW hingga 150kW serta 180kW, membolehkan pengecasan dua kenderaan serentak untuk mengoptimumkan kecekapan penggunaan kuasa.

Selain itu, ia juga disepadukan dengan Pakar Pengecasan EV EcoStruxure, sistem pengurusan beban untuk memperuntukkan tenaga secara bijak dari bangunan ke stesen pengecas EV dalam masa nyata.

Ini memastikan kecekapan maksimum sambil turut mempertingkatkan masa operasi dan mengawal selia keluaran pengecas secara dinamik, menangani sebarang kebimbangan mengenai beban berlebihan untuk pemilik EV.

Pengarah Urusan Rangkaian Pengecasan JusEV, Jason Wong berkata, “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Schneider Electric, menandakan pencapaian penting dalam misi kami untuk memacu pertumbuhan dalam EV.“

Google ads
Back to top button