Buletin

CHERY BAKAL BUKA KILANG CKD DI SHAH ALAM

Chery bakal membuka kilang pemasangan kenderaan jenama itu di Malaysia yang terletak di Shah Alam, Selangor.

Timbalan Presiden Eksekutif Chery International, Chen Chun Qing berkata, Malaysia akan menjadi hab untuk negara Asia Tenggara bagi model tertentu, tetapi ada model lain yang dipasang di negara lain.

Pada masa ini, pemasangan model CKD, Chery Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro, dijalankan di kilang Inokom, Kulim, Kedah.

Tambahnya lagi, disebabkan permintaan kukuh untuk modelnya, pengeluaran kini berada pada kapasiti penuh di Kulim dan kilang baharu di Shah Alam bagi membantu memenuhi permintaan.

Ketika ditanya berhubung barang gantian selepas kenderaan itu tamat diproduksi, beliau berkata pihaknya menyediakan produk sesuatu model itu sehingga 10 tahun.

“Perkhidmatan selepas jualan adalah sangat penting bagi kami. Selain itu, kami memastikan alat gantian mencukupi termasuk setiap pengedar Chery.

“Kami juga menjalani latihan kepada juruteknik pengedar berhubung perkhidmatan selepas jualan banyak kali setiap tahun.

“Ia sebagai satu petunjuk prestasi utama (KPI) kepada pengedar kami” katanya pada temuramah bersama media di Chery International, Wuhu, China.

Google ads
Back to top button