
MERCEDES-BENZ GLA 250 4MATIC 2024 TIBA DENGAN SISTEM MILD-HYBRID 48 VOLT – JANA 224HP, HARGA RM295K
Mercedes-Benz Malaysia telah memperkenalkan tambahan terbaru dalam rangkaian SUV mereka iaitu Mercedes-Benz GLA 250 4MATIC yang dipasang secara tempatan (CKD).
Menurutnya, model ini menetapkan standard baharu dengan menggabungkan dinamik berprestasi tinggi bersama fungsi serba boleh, memenuhi keperluan gaya hidup bandar serta pengembaraan.
Dari segi reka bentuk, GLA 250 4MATIC menampilkan gaya luaran AMG Line yang menonjol dengan gril radiator berlian, diserlahkan lagi melalui rim aloi AMG 19-inci dan pilihan cat metalik Spectral Blue.

Di bahagian dalam, GLA 250 4MATIC menampilkan MBUX dikemaskini dengan skrin 10.25-inci, dan paparan instrumen 10.25-inci, ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, disokong oleh Pakej USB Plus serta port USB-C.
Perincian lain termasuklah diperkayakan dengan kulit buatan ARTICO, hiasan aluminium, dan pencahayaan ambien 64 pilihan warna.
Dari segi keselamatan dan keselesaan, GLA 250 4MATIC dilengkapi dengan teknologi terkini seperti Blind Spot Assist, Active Parking Assist, dan set lengkap bantuan pemanduan di bawah sistem perlindungan kenderaan GUARD 360°.

Tambahan pula, ciri-ciri seperti kawalan iklim automatik THERMATIC, pakej keselesaan KEYLESS-GO, dan pintu belakang EASY-PACK memastikan pengalaman memandu yang mewah.
Beralih pada kuasa, GLA 250 4MATIC dikuasakan oleh enjin 2.0-liter 4-silinder turbo, berupaya menghasilkan 224hp dan tork 350Nm.
Nadi berkenaan dipadankan bersama transmisi dual-clutch DCT lapan kelajuan, mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 6.8 saat.
GLA250 mendapat sistem mild-hybrid, terdiri dari belt starter generator (BSG) 48-volt, memberikan tambahan kuasa 13hp dan 150Nm.
Untuk harga, Mercedes GLA250 4Matic 2024 diberi tanda harga bermula RM295,888 tanpa insurans.
GALERI:










