TOYOTA SUPRA SEWA ALAMI KEROSAKAN LEBIH RM17K – SEKALI PENYEWA GUNA UNTUK BERLUMBA DAA
Siasatan sedang dilakukan oleh Turo (aplikasi sewa kereta) selepas seorang pemilik mendakwa kereta yang disewakannya kepada seorang guru digunakan untuk menyertai perlumbaan rekod kelajuan. Ala bala dapat penyewa macam ni weh. Menurut pemilik kerosakan yang terpaksa ditanggung beliau mencecah lebih RM17k.
Penyewa yang bernama Gregory Ditch merupakan seorang guru di NapervilleNorth High School di Indiana. Ditch menyelia sekumpulan pelajar perempuan yang sedang menyiapkan projek mereka, sebuah trak lumba untuk bertanding dalam perlumbaan rekod kelajuan. Malangnya berlaku kerosakan pada trak lumba mereka dan Ditch terpaksa mencari jalan lain untuk pelajarnya kekal dalam pertadingan.
Dalam satu temubual dengan Fox 32 Chicago Ditch menyatakan yang Supra yang digunakan pelajar beliau dalam perlumbaan terssebut dipinjam dan ia sah di sisi undang-undang. Beliau menafikan tuduhan yang dinyatakan oleh pemilik dan ia sama sekali tidak benar.
Pemilik dimaksudkan ialah Geovanni Morales, pemilik Toyota Supra 3.0 keluaran 2021. Ditch menafikan kereta tersebut disewa melalui aplikasi Turo tetapi Morales menyatakan sebaliknya. Tambah Morales beliau memang berhati-hati untuk menyewakan kereta beliau kepada golongan remaja tapi Ditch seorang yang berusia, mempunyai pengetahuan tentang kereta dan bertugas sebagai guru dan sudah cukup untuk menyakinkan Morales yang kereta miliknya akan dijaga dengan baik.
Perkara sebaliknya berlaku bila kereta tersebut dipulangkan. Naluri Morales merasakan ada yang tidak kena dan merasakan kereta beliau telah digunakan untuk berlumba. Carian atas talian menemukan Morales dengan satu pertandingan rekod kelajuan dalam media sosial termasuklah foto sebuah Supra yang mirip dengan Supra milik beliau.
Turo pula menyatakan yang Ditch memang menyewa kereta Morales selama 3 hari melalui aplikasi mereka yang jelas sekali melanggar peraturan sewaan jika digunakan untuk berlumba. Mereka akan membuat siasatan untuk tindakan susulan.
Morales menyatakan yang kesemua tayar dan brek mengalami kehausan kerana kereta tersebut dipecut sehingga mencecah kelajuan 257 kmj. Ooo kesian owner macam ni cikgu kalau betul. Dah namanya pun nak pecahkan rekod kelajuan mana boleh pandu macam nak cari rumah sewa.
Buat masa sekarang mereka masih melakukan siasatan dan silap-silap sekolah atau cikgu tersebut kena keluarkan duit untuk ganti kerugian pemilik. Kami rasa, kami rasa la, cikgu ni niat baik nak tolong pelajar-pelajar beliau cuma cara tu memang tak betul la.