Artikel Pilihan

HARI PALING MALANG PEMANDU FORKLIFT – OVEN JATUH ATAS FERRARI F8 TRIBUTO

Hidup kita ni memang penuh dengan dugaan dan cabaran tapi kena ingat macam mana susah pun hidup kita mesti ada insan lain yang lagi susah. Susah hati, susah tak duit dan macam-macam lagi la kesusahan. Pemandu forklift malang ni contohnya lagi susah hati bila secara tidak sengaja oven yang dibawa terjatuh ke atas Ferrari.

Bayangkan seorang forklift professional sedang bekerja dengan penuh semangat tapi tiba-tiba kemalangan bila kargo yang dibawa, sebuah oven bersaiz industri terjatuh ke atas bonet depan Ferrari F8 Tributo. Kalau ada sakit jantung boleh koma ooo.

Tapi syukur jugak la sebab Ferrari tu berada dalam petak pakir dan tiada pemandu ataupun penumpang didalamnya. Sekurang-kurangnya tiada yang tercedera.

Kejadian ini telah dikongsi di laman sosial media Weibo China dan punca berlakunya tidak diketahui. Gambaran awal menunjukkan pemandu forklift tersebut memandu kenderaannya mengelilingi Ferrari malang itu dan hilang kawalan.

Seorang netizen berpendapat yang kelengkapan oven tersebut kelihatan seperti ketuhar yang digunakan untuk membakar pizza dan ia sungguh ironik pizza dan Ferrari merupakan produk kebanggaan negara Itali. Mamma mia!

Dengan gambar oven yang masih berada di atas bonet Ferrari adalah sukar untuk diketahui tahap kerosakan supercar terbabit. Walaupun oven yang diperbuat daripada logam itu kelihatan berat namun ia bukannya jatuh dari tempat yang terlalu tinggi. Jadi kemungkinan kerosakan kereta ini masih lagi boleh diperbaiki.

Jadi ingat kalau korang rasa hari korang sangat malang, ingatlah yang nasib anda jauh lebih baik berbanding pemandu forklift ini.

Google ads
Back to top button