Artikel Pilihan

SEGALANYA TENTANG HONDA WR-V 2023, ENJIN 1.5 DOHC VTEC, CVT & HONDA SENSING

Honda Thailand telah melancarkan model SUV kompak terbaru iaitu dikenali dengan nama Honda WR-V. Memasuki generasi kedua, WR-V merupakan singkatan kepada Winsome Runabout Vehicle dan akan bersaing dengan SUV kompak yang lain seperti Perodua Ativa dan juga Daihatsu Rocky

1. Dari segi saiz, WR-V direka dengan panjang 4060mm, 1780mm lebar, 1608mm tinggi dan juga jarak ditetapkan antara roda 2485mm. Walaupun kompak, ruang bagasi pula datang dengan saiz 363 liter manakala jarak kelegaan permukaan jalan pula ialah 220mm

2. Hanya ada satu pilihan enjin yang diberikan iaitu enjin 1500cc 4 silinder iVTEC DOHC yang menjana 119 kuasa kuda dan 145Nm tork. Semua kuasa enjin akan disalurkan ke roda depan menerusi transmisi CVT sama seperti Honda BR-V dan Honda City

3. Bagi varian RS ia akan menggunakan rim bersaiz 17 inci, jeriji rekaan baru seperti yang digunakan oleh Honda HR-V, lampu depan LED, lampu kabus depan LED, lampu belakang LED, diberikan warna 2 tona dengan bumbung dan cermin sisi dicat warna hitam

4. Rekaan papan pemuka depan pula menyamai rekaan yang ada pada Honda City generasi lama manakala roda stering pula menggunakan rekaan Honda Civic sebelumnya. Untuk muatan yang lebih fleksible, kusyen boleh dilipat dengan tetapan 60:40 serta kusyen balutan kulit sepenuhnya untuk pasaran Thailand

5. Lain lain ciri moden yang ada pada WR-V termasuklah penukar gear di belakang stering, penghidup enjin kawalan jauh, gabungan meter digital dan analog, suis penyaman udara digital, sambungan Apple Car Play & Android Auto, 2 sambungan USB, perehat tangan barisan depan dan belakang

6. Antara sistem keselamatan Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Keeping Assist System (LKAS), Lane Departure Warning (RDM with LDW), Auto High-Beam (AHB), Adaptive Cruise Control (ACC) dan Lead Car Departure Notification System (LCDN). Bagi varian RS, ia akan menerima ciri Lane Watch

7. Bagi ciri keselamatan pasif termasuklah 6 beg udara, kamera undur belakang, Hill Start Assist, Emergency Stop Signal, sistem brek ABS, Vehicle Stabilty Assist, peringatan penumpang belakang, dan Walk Away Auto Lock.

8. Bagi pasaran Thailand, terdapat 2 varian yang ditawarkan samaada varian SV yang dijual dengan harga RM 103,000 manakala varian RS yang lebih bergaya dijual dengan harga RM 112,000. Sebagai perbandingan Toyota Ativa dijual dengan harga permulaan RM 64,000 bagi varian X dan varian AV dijual dengan harga RM 75,000

Google ads
Back to top button