Buletin

MAZDA CX-30 CKD 2.0, HARGA BERMULA RM 128,000 HINGGA RM 156,000

Pengedar jenama Mazda di Malaysia iaitu Bermaz telah melancarkan CX-30 2023 yang dipasang sepenuhnya di fasiliti pemasangan Kulim. Ia merupakan model ke 3 yang dipasang di Malaysia selepas CX-5 dan juga CX-8 dipasang di fasiliti Inokom.

Kelebihan utama varian CKD berbanding dengan varian CBU Jepun ialah penawaran harga yang lebih murah dengan harga permulaan 2.0 Standard bermula pada RM 128,109, 2.0 High menjadi RM 136,109, 2.0 High Plus pada RM 146,109 dan varian tertinggi ialah 2.0 High Plus Premium.

Semua varian yang dijual menggunakan konfigurasi pacuan depan, tiada varian pacuan semua roda ditawarkan serta varian 1.8 turbodiesel turut digugurkan bagi tahun 2023. Sebagai perbandingan harga permulaan bagi varian terendah adalah sekitar RM 17,000 lebih murah berbanding dengan versi CBU

Tiada perubahan pada penawaran enjin ataupun ejin SkyActiv-X tidak diberikan untuk pasaran Malaysia. Hanya enjin 2000cc 4 silinder aspirasi normal SkyActiv-G yang menjana 162 kuasa kuda dan 213Nm tork diberikan. Semua varian juga ditawarkan dengan transmisi 6 kelajuan automatik yang akan menghantar kuasa pada roda depan

Sekiranya anda berminat dengan varian 2.0 Standard, anda harus berpuas hati dengan penawaran seperti rim 16 inci dibalut dengan tayar bersaiz 215/65, lampu depan LED tanpa Signature Light, DRL biasa tanpa LED, tiada bumbung suria, pintu ruang kargo tanpa kuasa elektrik, tiada parkir sensor, tiada paddle shifter, kusyen depan manual dan juga corong penyaman udara di belakang

Bagi varian High Plus Premium, ia dipasang dengan tayar 215/55, rim 18 inci, paddle shifter, corong penyaman udara belakang, kusyen pemandu berkuasa elektrik dengan memori, kamera 360 darjah, dan pintu ruang kargo berkuasa elektrik.

Ia juga diberikan sistem ADAS yang merangkumi lampu depan LED adaptif, sistem amaran titik buta, RCTA, front cross traffic Alert, LDW, LKAS, Driver Attention Alert, Smart Brake Support, Mazda Radar Cruise Control dan Cruising & Traffic Support.

Antara warna yang ditawarkan untuk Mazda CX-30 2023 ialah Machine Gray, Soul Red Crystal, Deep Crystal Blue, Platinum Quartz, Snowflake White Pearl, Jet Black and Polymetal Gray. Mazda CX-30 CKD datang dengan 5 tahun jaminan dengan jarak 100,000km, dengan servis percuma selama 5 tahun

Google ads
Back to top button