Motosikal

HONDA VARIO 125 KINI DI MALAYSIA. SMART KEY SYSTEM, ALARM, 11.5HP, BREK CBS, BERMULA RM7,080 SEUNIT

Boon Siew Honda hari ini secara rasmi melancarkan skuter sporty baharu Honda Vario 125 di Malaysia pada acara Malasyaia Cub Prix di Seri Jempol, Negeri Sembilan. 

Ketibaan Honda Vario 125 di Malaysia adalah jawapan kepada penunggang yang mencari skuter mampu milik yang sempurna dan menawarkan ciri moden canggih yang turut terdapat dalam skuter premium.

Ciri utama Honda Vario 125 baharu termasuklah:

  • Enjin baharu 124.9cc 4-Lejang sejukan cecair dengan eSP dan Idling Stop System (ISS) yang memberikan kecekapan bahan api.
  • Honda SMART Key System yang mempunyai Sistem Penggera Anti-kecurian untukkeselamatan tambahan serta Sistem Jawab Balik.
  • Pengecas USB dalam kotak konsol beserta 18-liter ruang penyimpanan di tempat duduk bawah untuk kemudahan tambahan penunggang.
  • Sistem pencahayaan LED pada semua titik pencahayaan dengan panel meter digital sepenuhnya untuk memberikan gaya yang mewah.
  • Corak badan yang sporty dan grafik garis accent yang elit memberikan rupa yang bergaya.

Enjin Honda Vario 125 dikuasakan oleh penyejuk cecair 4-lejang, 125cc Enhanced Smart Power (eSP) dengan keupayaan menghasilkan 11.5hp pada 8,500rpm dan tork 11.74Nm pada 5,000rpm. Enjin itu bukan sahaja berkuasa, malah sangat menjimatkan bahan api.

Honda SMART Key System adalah ciri utama Honda Vario 125, kerana ia adalah yang pertama dalam kategori 125cc.

Ciri keselamatannya termasuk Sistem Penggera Anti-kecurian yang akan menghidupkan bunyi penggera dan isyarat akan berkelip apabila motosikal mengesan getaran atau pergerakan. 

Sistem jawab balik juga tersedia di mana sistem akanmengesan kedudukan motosikal apabila  diletakkan dan pemilik akan dimaklumkan apabila fungsi immobilizer dihidupkan.

Salah satu kemudahan berguna yang dilengkapi Honda Vario 125 ialah pengecas USB dalam kotak konsol, dapat mengekalkan bateri gajet penunggang sepanjang perjalanan. 

Honda Vario 125 juga didatangkan dengan dua ruang kotak terbuka yang boleh memuatkan botol air dan barangan lain seperti sarung tangan. Skuter itu didatangkan dengan ruang penyimpanan di bawah pelana seluar 18 liter. 

Menjadi ruang penyimpanan terbesar dalam kategori 125cc, ia cukup untuk menyimpan topi keledar serta beberapa barang lain untuk memudahkan aktiviti harian penunggang.

Untuk memberikan penampilan lebih premium, Honda Vario 125 dilengkapi Sistem Lampu LED pada semua lampu. Tidak ketinggalan, panel meter digital sepenuhnya menawarkan gayaan moden dan paparan jelas untuk penunggang. 

Skuter itu menggunakan tayar yang lebar iaitu 100/80-14 di belakang dan 90/80-14 di hadapan, sesuai dengan reka bentuknya akan memberikan penunggang lebih keyakinan dan keselesaan.

Honda Vario 125 boleh anda miliki pada harga RM7,080 seunit. Ia didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu merah, biru dan kuning dan boleh didapati di semua pengedar sah mulai 14 Mac 2023.

GALERI

Google ads
Back to top button