,
Buletin

SEIKO 5 SPORTS – 5 GAYA UNIK UNTUK ORANG MUDA. BERMULA RM1,120 SEUTAS

SEIKO 5 Sports baru-baru ini tampil dengan 16 model untuk pasaran tempatan.

Pelancaran semula koleksi paling terkenal jenama itu nyata menggamit warisan dan nostalgia masa lalu ketika SEIKO 5 diperkenalkan di dunia pada tahun 1963 sebagai jam tangan automatik pertama dari Jepun dengan fungsi hari dan tarikh.

Bagi meraikan kelahiran semula koleksi ikonik ini, Junpei Matsue dan Atsushi Shinkai dari Seiko Watch Corporation dijemput khas untuk berkongsi tentang inspirasi reka bentuk yang telah menjadikan koleksi ini cukup diminati oleh pengguna di seluruh dunia, terutama golongan muda.

“Kami difahamkan bahawa terdapat banyak permintaan daripada orang muda yang mahukan koleksi jam tangan dengan gaya sporty. 

“Hasil kerjasama dengan Seiko Watch Corporation sejak sekian lama, kami berpeluang memperkenalkan koleksi SEIKO 5 Sports baharu kepada peminat SEIKO di Malaysia,” kata  Pengurus Besar Thong Sia Sdn. Bhd., Michael Lim.

Dengan sejarah horologi selama lima dekad, koleksi SEIKO 5 Sports mengekalkan reka bentuk asas dengan prinsip yang jelas.

Rangkaian jam tangan tersebut menampilkan lima ciri yang diminati peminat setia SEIKO 5 Sports. Ini termasuklah pergerakan automatik, paparan hari-tarikh, kalis air, mahkota berlekuk pada posisi pukul 4 dan bekas tahan lasak. 

Direka untuk generasi baru, SEIKO 5 Sports kembali dengan  lima variasi iaitu Sports, Suits, Specialist, Street dan Sense. Dikenali sebagai rangkaian ulangan paling moden yang pernah dilihat setakat ini, jam tangan itu meraikan perbezaan dari segi gabungan warna, tekstur dan material yang digunakan. 

Selain SEIKO 5 Sports, Thong Sia turut mengedar koleksi SEIKO lain seperti Grand Seiko, Prospex, Presage, Astron dan Lukia.

Rangkaian SEIKO 5 Sports kini boleh didapati di butik-butik SEIKO dan pengedar sah lain di Malaysia.

Senarai pengedar sah dan maklumat lanjut mengenai SEIKO, sila layari www.thongsia.com.my, laman Facebook SEIKO Malaysia: www.facebook.com/seikomalaysia atau laman Instagram: www.instagram.com/seikomy.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button