Buletin

CERAH CERIA BERSAMA BHPETROL DIDIK MURID SEKOLAH AGAR LEBIH SELAMAT DI JALAN RAYA

BHPetrol dilihat tidak pernah jemu berusaha meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya dalam kalangan murid sekolah rendah. Sudah memasuki tahun ke-10, BHPetrol menjalankan program ‘Cerah Ceria Bersama BHPetrol’ untuk komuniti di Kuala Lumpur. 

Program tersebut diadakan di SK Kementah Kuala Lumpur, di mana lebih 1,000 orang murid mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti keselamatan jalan raya. 

Menjadi sebahagian daripada program tanggungjawab korporat sosial, ia dimulakan pada tahun 2010 apabila BHPetrol mendapati terdapat terlalu sedikit inisiatif berkaitan keselamatan jalan raya untuk kanak-kanak, terutama di kawasan luar bandar. 

Sejak itu, program Cerah Ceria telah pergi ke sekolah-sekolah di Sabak Bernam, Hulu Langat, Pelabuhan Klang, Muar, Temerloh dan terkini di Kementah Kem Kuala Lumpur.

Fokus program itu adalah untuk memastikan kanak-kanak dapat dilihat oleh pengguna jalan raya. Selain melengkapkan peserta dengan kemahiran dan pengetahuan tentang keselamatan jalan raya. 

Program tersebut menggunakan pepatung sebagai ikon keselamatan jalan raya untuk menunjukkan bahawa walaupun kecil, ia boleh dilihat dari jauh. 

Sebanyak sembilan aktiviti diijalankan untuk membantu kanak-kanak memahami tentang pentingnya dapat dilihat dan mengamalkan tingkah laku yang selamat di atas jalan raya.

Antara aktiviti  yang dikendalikan oleh kakitangan BHPetrol termasuklahkan jarak berhenti kenderaan, 5 langkah melintas jalan, limitasi fizikal, memakai pakaian terang dan menunggang basikal dengan selamat. 

Satu ceramah ringkas turut disampaikan oleh pegawai polis trafik daerah atau jabatan keselamatan jalan raya. Program itu nyata disambut baik dan memberi kesan mendalam kepada para peserta.  

BHPetrol percaya bahawa program itu mampu memupuk minda kanak-kanak supaya mengamalkan tingkah laku yang selamat di atas jalan raya. Ia kemudian akan menyumbang kepada pengurangan kematian dan kecederaan akibat kemalangan. 

Google ads
Back to top button