Buletin

SELAMAT TINGGAL KERETA PAKCIK- TOYOTA CAMRY 2018 KINI BERKUASA 300HP

Selain daripada Toyota GT86, kereta-kereta Toyota hari ini adalah sangat membosankan. Barangkali, kereta dibina oleh jurutera bercermin mata tebal dengan skor CPGA 4 flat di Universiti, mendengar lagu kumpulan Scoin dan menonton cerita Suamiku Encik Cinderella lakonan Fattah Hamid.

Apa lagi yang boleh diharap? Sebab itu juga Akio Toyoda, cucu kepada pengasas Toyota dipilih menerajui syarikat. Beliau ingin kembalikan Supra, beliau juga mengharapkan produk Toyota disusun semula supaya setiap varian mempunyai keitimewaan yang tersendiri. Ia perlu menjadi Toyota yang dikenali bukan sahaja kereta yang tahan lasak, tetapi seronok dipandu.

Toyota mula mendapat rentak. Kereta generasi baru mereka lebih macho can maskulin dan enjin-enjin dengan kadar kuasa kuda yang lebih tinggi mula diperkenalkan.

BACA: TOYOTA CAMRY 2018 DILANCARKAN

Toyota Camry, kereta paling laris di Amerika Syarikat akan mendapat model barunya menjelang musim panas ini. Generasi ke lapan ini akan mendapat rangakaian enjin baru yang lebih berkuasa. Model flagship V6 3.5 liter akan ditala dengan 301 kuasa kuda dan 267 paun tork buat pertama kalinya dalam sejarah. Ia diperbaharui dari enjin sebelumnya yang menghasilkan 268 kuasa kuda.

Model pertengahan juga mendapat suntikan kuasa lebih baik. Enjin empat selinder 2.5 liter baru kini menghasilkan 206 kuasa kuda dan 186 paun tork, meningkat 10 kuasa kuda dari enjin terdahulu. Kedua-duanya dipasangkan dengan transmisi automatik lapan kelajuan. Ya. lapan kelajuan tuan-tuan.

Bukan sahaja kuasa dipertingkatkan, ekonomikal penggunaan bahanapinya juga kini lebih baik. Peningkatan sekitar 26 peratus berbanding penggunaan petrol bagi enjin sama bagi Camry generasi ketujuh.

BACA: CAMRY MODELLISTA DAN TRD UNTUK JEPUN

Camry terbaru ini dibina di atas platform TNGA yang didakwa 30 peratus lebih kukuh dengan titik roda 2 inci lebih panjang berbanding model sebelumnya. Sepertimana model flagship mereka yang lain, Camry juga dilengkapi Pengesan Titik Buta, pengesan pelanggaran dan brek automatik.

Sistem hiburannya juga dipertingkatkan dengan siri Entune 3.0 sementara model V6 dilengkapi sistem Navigasi Dinamik. Canggih lah, katanya untuk model sedan bersaiz penuh idaman Amerika ini.

 

Tags
Google ads
Back to top button