Buletin

SELAMBA GELONGSOR ATAS HUD KERETA DI AUTOSHOW. IBU BAPA DIMINTA JAGA PERANGAI ANAK

Autoshow kereta sememangnya menarik perhatian ramai orang untuk melihat pelbagai jenis kereta dipamerkan. Sama ada penggayaan atau spesifikasi enjin, akan ada seribu satu alasan untuk kita singgah ke autoshow.

Dalam keterujaan kita melihat kereta di autoshow dengan mengambil beberapa gambar untuk tatapan peribadi, janganlah pula kita leka soal keselamatan mahu pun tindakan yang mendatangkan rasa tidak senang kepada sesetengah pihak terutamanya ketika kita ke pameran bersama anak-anak.

Baru-baru ini, melalui hantaran di Facebook atas nama KC Foo, dia meluahkan kekecewaan terhadap ibu bapa yang gagal mengawal pergerakan anak-anak mereka. Menerusi hantaran tersebut, dia mendedahkan foto seorang kanak-kanak memanjat atas hud sebuah kereta.

“Please do respect people’s cars, watch out your attitude…motorsport is fun,” tulis KC Foo.

Dia turut mendedahkan terdapat bahagian mengalami kerosakan gara-gara aksi kanak-kanak tersebut. “one of my friends owner that claim some parts are broken. Visitor try to open the car bonet….bonet hood lock,” tambah KC Foo.

KC Foo juga memberi peringatan kepada semua pengunjung untuk menjaga tingkah laku kerana kos untuk modifikasi kereta bukanlah murah serta tidak boleh dibuat dalam masa yang singkat.

Hantaran tersebut turut dikongsi oleh ‘Brainless Driver Malaysia Edition’ di Facebook yang memaparkan seorang kanak-kanak menggelosor dari atas hud kereta di pameran tersebut.

Warganet memberi komen bahawa istilah ‘kanak-kanak je pun’ sudah tidak boleh diguna pakai pada tahun 2022 ini.

Google ads
Back to top button