BOSCH Mrec – Desktop
Artikel PilihanBuletin

5 KERETA WAJIB TENGOK DI MALAYSIA AUTOSHOW 2019

SHARE

Pertama sekali, kami ingin cakap bahawa pameran ini berskala kecil. Jangan harap untuk lihat macam KLIMS sebab bilangan peserta pempamer juga tak banyak.

Pun begitu, ia masih sebuah pameran yang menarik, dan kami senaraikan lima kereta pilihan yang boleh anda lihat di sini.

1.PERODUA BEZZA LIMITED EDITION

Toyo Tyre R2 – LD – Desktop

Dikenali dengan nama Bezza Limited Edition, model ini memang ditawarkan kepada umum untuk jualan. Ya. Ia tak sama seperti Myvi GT yang dipamerkan pada pameran KLIMS hujung tahun lepas yang lebih khusus untuk pameran sahaja.

Apa yang berbeza?

LUARAN

  • Dipasangkan dengan bodykit Gear-up Dynamic dengan kemasan akhir warna hitam matte.
  • Rim aloi dengan kemasan “Dark Grey”
  • Bumbung berwarna hitam.
  • Cermin sisi yang dikemaskan dengan warna merah
  • Warna Ivory white

DALAMAN

  • Sarung kerusi Gear-up dengan benang merah
  • Konsol penghawa dingin merah
  • Karpet lantai Gear-up

ENJIN

  • Tiada perubahan, 1,300 cc
  • Transmisi automatic

HARGA

  • RM44,890.00 (atas jalan tanpa insurans)

2. HONDA CIVIC MUGEN TYPE-R CONCEPT

Ia dibina di atas platform Honda Civic Type-R FK8 berwarna merah, warna yang sinonim dengan Mugen. Bahagian luar menyaksikan perubahan tambahan pada bampar lips depan, skirting sisi dan juga roda lebih besar.

Secara keseluruhannya terdapat 12 perbezaan model ini berbanding versi standard FK8R iaitu;

  1. Jeriji radiator (Grill) dengan kemasan karbon
  2. Lips hadapan di bawah bampar
  3. under spoiler /diffuser belakang.
  4. kemasan “garnish” pada skirting sisi
  5. Lampu belakang LED
  6. Rim Mugen 20 inci dengan tayar Continental 245/30/20.
  7. Pelekat badan Mugen.
  8. Set Pengunci roda (wheel nut set)
  9. Stereng sport Mugen
  10. Gear knob bersalut kulit.
  11. Karpet sport.
  12. Scuff plate

3. BMW i3

BMW i3s digerakkan oleh motor elektrik berkuasa 184p dan tork 270Nm yang dipadankan dengan kotak gear satu kelajuan. Rangkaian kuasa itu membolehkannya memecut dari 0-100 km/j dalam masa cuma 6.9 saat.

Bateri lithium-ion membolehkan i3s bergerak sejauh 260km dengan sekali caj. Pemandu boleh memilih mode SPORT melalui butang Driving Experience Control untuk mengaktifkan pecutan yang lebih mengujakan.

Prestasi pemanduan turut disumbang oleh ciri-ciri Dynamic Stability Control, Dynamic Traction Control, Cornering Brake Control, Dynamic Brake Control, ABS dan Brake Assist.

4. MAZDA CX-8

SUV enam atau tujuh tempat duduk yang cukup laris di pasaran Jepun. Ia didatangkan dengan pilihan enjin .5 liter petrol aspirasi biasa (NA) berkuasa 192hp dan tork 257Nm dan turbo diesel 2.2 liter (188hp dan tork 450Nm).

Kedua-dua enjin itu dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan. 

Jika berminat, orang ramai boleh mendaftar pada acara Malaysia Autoshow.

5. TOYOTA YARIS

Pelancaran rasminya hanya akan berlaku minggu hadapan. Namun UMW Toyota terlebih dahulu mempamerkannya di Malaysia Autoshow. Sebenarnya, kereta ini sudah ada di beberapa pusat pameran Toyota tapi untuk anda yang belum berkesempatan, boleh melihatnya dari dekat di sini.

UMW Toyota menerusi laman web rasminya telah mendedahkan senarai harga minggu lepas di mana ia bermula pada harga RM71,888.00, RM77,888.00 dan RM84,888.00.

Besar kemungkinannya ia akan mengikut skema harga “abang” sedannya Toyota Vios yang turut dibahagikan kepada tiga gred utama.

Tags
Google ads
Back to top button