Motosikal

MALAYSIA AUTOSHOW 2019: HONDA CB650R, NEO SPORTS CAFE PADA HARGA RM43,499

Selepas memperkenalkan model naked CB1000R dan CB250R pada tahun 2018, Boon Siew Honda kini membawakan pula gayaan ‘Neo Sports Café’ yang unik ke dalam arena motosikal pertengahan. 

Rekaan yang moden dan minimalis itu menggabungkan inspirasi reka bentuk sebuah café racer dengan “trapezoid’ yang super kompak untuk menarik perhatian sesiapa sahaja. 

Bagi memberi lebih banyak pilihan kepada peminat jentera naked, Boon Siew Honda melancarkan model terbaharunya, Honda CB650R. 

Enjin empat silinder sebaris didedahkan sepenuhnya. Sementara lampu bulat signatur dan tangki minyak yang berarca itu menyerlahkan lagi rekaan jentera barisan ‘Neo Sports Café’. 

CB650R 2019 hadir bersama spesifikasi yang sama dengan CBR650R. Sistem ekzos dan pengambilan udara yang telah diubah, ditambah dengan pemasaan cam dan nisbah mampatan membolehkan enjin 649cc itu menerima 5% kuasa tambahan.

Selain daripada itu, penghantaran kuasa tork kini lebih lancar dan mantap ketika dalam julat rpm pertengahan. 

Dengan penampilan premium, CBR650R 2019 hadir dengan spesikasi canggih. Antaranya ialah 41mm SHOWA upside-down ‘Separate Function’ forks, angkup brek hadapan dengan cagak radial empat omboh, kawalan cengkaman melalui Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan Assist/Slipper Clutch untuk tukaran gear yang lebih lancer.

Hasilnya, ia menjadi sebuah naked kelas pertengahan yang memiliki kombinasi gaya, prestasi dan spesikasi terbaik. 

Honda CB650R didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Graphite Black dan Candy Chromosphere Red. Anda  boleh memilikinya pada harga RM43,499 seunit.

GALERI

Google ads
Back to top button