Buletin

SEMA 2018: PROJECT CLUBSPORT 23, JELMAAN NISSAN 370Z NISMO

Di dalam barisan kenderaan model sport Nissan, peminat lebih tertumpu kepada GT-R 35. Hakikatnya Nissan mempunyai sebuah lagi model legenda iaitu 370Z. Model ini tidak lekang dek masa di mana Nissan sentiasa mengeluarkan model gantian. Tinggal lagi 370Z kurang digunakan di dalam perlumbaan berbanding GT-R 35.

370Z masih lagi popular misalnya di Amerika Syarikat. Supaya model ini terus kekal hangat, Nissan Motorsports dan MA Motosports telah membina Project Clubsoport 23 yang merupakan sebuah 370 Z NISMO tahun 2012 dengan pelbagai peralatan naik taraf dan dipamerkan di SEMA 2018.

Sekali pandang, 370Z ini biasa sahaja, tetapi apabila dipandang secara dekat jelas terdapat pelbagai peralatan naik taraf yang boleh dibeli dari Nissan.

Project Clubsport 23 dimulakan dengan sebuah Nissan 370Z NISMO tahun 2012. Enjin asal 3.7 liter VQ37VHR 350 hp digantikan dengan enjin 3.0 liter VR30DDTT turbo berkembar V6 berkuasa 400 hp yang dipadankan bersama transmisi asal enam kelajuan manual.

Satu cabaran tentang enjin VR30DDTT ialah ia tidak pernah mempunyai padanan transmisi manual. Masalah tersebut diatasi oleh MA Motorsports dengan ubahsuai cakera klac, penutup dan flywheel supaya ia boleh digunakan dan dipadankan pula bersama differential NISMO GT LSD Pro-Carbon 2-way beserta penyejuk differential MA Motorsports.

Modifikasi ini sebenarnya memakan masa yang agak lama juga untuk dimuat dan diserasikan dengan enjin VR30DDTT.

Berikut ialah peralatan lain yang dipasang pada Project Clubsport 23:

  • Kita kemasukan udara AMS Performance
  • Blow-off Z1 Motorsports
  • Sistem ekzos khas berkembar dengan diameter 76 mm – keluar dari plat nombor bampar belakang
  • Sistem penyejukan enjin AMS Performance, sistem penyejukan stereng MA Motorsports
  • Radiator Z1 Motorsports
  • Hos intercooler silikon
  • Pad brek NISMO HC Street/Track
  • Brek cakera 2 piece Z1 Motorsports
  • Saluran brek stainless steel NISMO
  • Set komponen untuk suspensi depan dan belakang NISMO
  • Penyerap hentak KW Variant 3
  • Spring belakang Eibach
  • Set brace badan kereta NISMO 3 piece
  • Roda NISMO – RAYS 18 x 10.5 inci
  • Tayar Hankook RS4 285/35R18
  • Kerusi perlumbaan Sparco QRT-R 2018
  • Tali pinggang enam poin Sparco
  • Stereng Sparco R383 dengan hub Bell Works Rapfix
  • Splitter dan kit aerodinamik APR/MA Motorsports
  • Cermin sisi NISMO
  • Bonet Selbon TS
  • Pelekat badan kereta Gloss Burnt Orange dari Speedesign Custom Graphics

Project Clubsoport 23 ini adalah one-off sahaja dan lebih kepada pameran naik taraf yang boleh dibuat kepada 370Z sedia ada. Apa pun ia sebenarnya adalah projek yang menarik dan menunjukkan kepada orang ramai bahawa Nissan bukan sahaja handal dengan GT-R 35 tetapi juga model legenda 370Z.

BACA: TAHUKAH ANDA NISSAN 370Z NISMO ADA JUAL DI UAE? MODEL NISMO LAIN PUN ADA

BACA: NISSAN DAH KELUARKAN 150 JUTA KENDERAAN – POWER BETEI!

Tags
Google ads
Back to top button