Artikel Pilihan

KERETA CONTI MAMPU MILIK – VOLKSWAGEN PASSAT DAN KOS PENJAGAANNYA

Assalamualaikum semua dan Salam Sejahtera.

Atas permintaan ramai. Hari ini saya berkenan untuk menulis tentang fakta penjagaan Volkswagen Passat B7. Kenderaan ini sangat popular kerana…….. yup, boleh cek mudah.my dan lihat harganyaΒ πŸ˜…

Sedikit trivia berkenaan kenderaan ini :-

– Dilahirkan pada tahun 2010
– Mempunyai enjin bersesaran 1,798cc(1.8L) dengan kod CDAA bagi pasaran Malaysia(158hp)
– Model ini sebenarnya adalah model B6 dan di’facelift’kan oleh Mr. Walter de’Silva dan Mr. Klaus Bischoff.
– Produksi untuk kenderaan ini bermula dari tahun 2010 dan ditamatkan pengeluarannya pada tahun 2014
– Kenderaan ini dilengkapi dengan sistem transmisi 7-Speed DSG berkod 0AM

Cukup bab trivia, sekarang kita masuk bab penjagaan(Maintenance)

BACA:Β FAKTA PENJAGAAN LAMBORGHINI GALLARDO

πŸ› SERVIS

πŸ”§Engine Oil Service Package
Kapasiti minyak engine bagi kenderaan ini 4.7 Liter. Kelikatan minyak yang disarankan pula adalah Fully Synthetic 5W-40 atau 5W-30. Kos adalah dalam lingkungan RM300-RM600 siap upah.

πŸ”§Transmission Service Package
Sistem Transmisi kenderaan ini terbahagi kepada dua. Dimana ianya merangkumi penukaran minyak unit Mechatronic dan juga minyak gear itu sendiri. Kapasiti minyak unit Mechatronic yang digunakan ialah 1 Liter dan minyak gear pula adalah 1.7Liter. Kosnya pula adalah dalam lingkungan RM350-RM450.

BACA:Β FAKTA PENJAGAAN VW SCIROCCO

πŸ› COMMON WEAR & TEAR PARTS

πŸ”§Front Brake Pad
Banyak pilihan untuk bab ini. Maksud saya pilihan jenama. Sama ada tulen, OEM atau high temp pad. Terpulang pada empunya badan. Kos adalah dalam lingkungan RM300-RM650.

πŸ”§Rear Brake Pad
Naratif yang sama seperti pad brek depan. Kos dalam lingkungan RM300-RM600

πŸ”§Brake Disc/Rotor
Rotor adalah satu benda yang akan habis. Sama juga seperti brake pad, cuma jangka hayatnya lebih lama dari pad. Kos adalah dalam lingkungan RM600-RM2,600 sepasang. Bergantung kepada jenama.

BACA:Β FAKTA PENJAGAAN VW GOLF 1.4Tsi

πŸ”§Clutch
Unit transmisi kenderaan ini berkod 0AM yang membawa maksud 7-Speed DSG Dry Clutch. Clutch merupakan alat yang menghubungkan kuasa dari enjin lalu ke gearbox. Tanpanya tak bergeraklah kenderaan anda. Unit clutch adalah satu benda yang akan habis walau macam mana anda memandu dengan cermat sekalipun. Jadi, bagi pengguna kenderaan ini, ingat, clutch akan tetap habis dan perlu ditukar bila sampai waktunya. Kos untuk menukar unit clutch ini dalam lingkungan RM3,900-RM4,500.

πŸ”§Mechatronic
Dengar je perkataan ni, meremang bulu-bulu pengguna VW. Haha. Sama macam unit clutch, akan kena juga. Sooner or later only. Hal ini terjadi kerana apabila sampai waktunya, filter didalam unit mechatronic ini akan tersumbat/clogged dimana minyak hidraulik tidak dapat melaluinya. Jadi, apabila perkara ini berlaku, solenoid pada unit mechatronic tidak mampu menggerakkan gear selector dan boom. Ur car can’t move. Pernah beberapa kali terjadi unit mechatronic meletup akibat tekanan yang terlalu tinggi didalam sistem bila filter tersumbat. Jadi, kepada para mekanik, pakai PPE yang sepatutnya bila berhadapan dengan keadaan seperti ini. Kos untuk menukar unit mechatronic ini adalah dalam lingkungan RM3,000-RM4,000 bagi unit recond. RM7,000-9,000 bagi unit baru(genuine).

BACA:Β FAKTA PENJAGAAN NISSAN GT-R

πŸ”§Tayar
Cek sendiri.

πŸ”§Waterpump
Ni memang barang wear & tear tak kira apa jenis kereta. Tak terkecuali juga bagi model VW Passat B7 ini. Kosnya adalah dalam lingkungan RM830-RM1,700 beserta upah.

πŸ”§Belt
Belt ini menghubungkan kuasa dari enjin untuk memacu unit compressor dan alternator. Kos untuk menukar belt ini dalam lingkungan RM120-RM170

πŸ”§Battery
Ada yang suka pakai aftermarket, ada juga yang mahukan original. Kos untuk original battery adalah dalam lingkungan RM800-1,000

πŸ”§Spark Plug
Ketiga-tiga model ini mempunyai enjin 4 silinder, jadi hanya 4 biji spark plug yang diperlukan. Kos adalah dalam lingkungan RM350-450

πŸ”§Ignition Coil
Masalah coil ni sangat common bagi barisan model VW. Kos adalah dalam lingkungan RM170-RM200 bagi setiap unit coil. Boleh juga masuk R8 coil pack, harga dalam lingkungan RM190-RM250 bagi setiap unit coil.

πŸ”§Timing Cover Seal & Rocker Cover Seal
Kebiasaannya oil leak di bahagian ini. Jika bahagian upper timing cover seal sahaja tidaklah mahal mana. Tetapi, jika terdapat oil leak pada rocker cover, upahnya jadi mahal oleh kerana prosedur yang perlu dilakukan agak banyak dan leceh. Kosnya adalah dalam lingkungan RM400-RM1,400.

πŸ”§Front Lower Arm Bracket
Bahagian ni memang selalu sangat pecah. Jack kereta atas hoist dan boleh lihat dengan jelas. Kos adalah dalam lingkungan RM560-RM980 sepasang. Rekemen untuk buat alignment selepas tukar parts ini.

πŸ”§Roof Lining
Bab ni kelakar ada, sedih pun ada. Haha. Banyak dah kes roof lining jatuh. Tapi takpe, masalah ni boleh diselesaikan dengan pergi ke kedai “leather/upholstery” berdekatan anda. Takpun minta geng-geng buat sunroof tolong setelkan, mereka pakar. Harga, bab ni tanya mereka sendiri. Haha

BACA; FAKTA PENJAGAAN BMW F30 3 SERIES

βš™οΈOverhaulβš™οΈ
Just in case, kos dalam lingkungan RM15,000-RM18,000.

Jadi, ini adalah sedikit sebanyak perkara yang saya boleh kongsikan kepada tuan tuan dan puan puan sekalian.
Nasihat saya, sebelum membeli kenderaan terpakai, buatlah dulu Pre-Purchase Inspection tak kira apa jenis kenderaan pun. Ini untuk mengelakkan tuan-tuan melaburkan lebih banyak duit kepada perkara yang tidak perlu dikemudian hari. Boleh pergi ke RTechnik Sdn Bhd atau ke bengkel berdekatan dengan anda.

Harga yang diberikan adalah “average”. Jangan melenting jika dikenakan harga yang mahal di bengkel berdekatan anda kerana harga adalah berbeza bagi setiap kawasan. Tapi jika terlalu mahal dikenakan kepada anda, rajin rajin lah buat research ya.

Sekian, Terima Kasih.
Mohamad Yazid Bin Zaidi
Technical Advisor
MB Performance Pte Ltd

Google ads
Back to top button