BuletinMotosikal

SEMPENA PRODUKSI EXCITER 1 JUTA, YAMAHA VIETNAM PERKENALKAN EDISI KHAS Y15ZR

Ya. Sejuta, Yamaha Vietnam sudah berjaya menghasilkan SATU JUTA UNIT Yamaha Exciter di pasaran domestik. Bagi sebuah negara yang penduduknya bergantung pengangkutan dengan motosikal, Yamaha mendapat posisi besar di sana menerusi model tersebut.

Tapi nanti dulu.

Yamaha Vietnam sebenarnya menggunakan nama “Exciter” sejak tahun 2005 lagi menerusi model T135 atau kita kenalinya dengan nama Yamaha LC135.

Sama seperti Indonesia dan Thailand yang menggunakan nama MX/Jupiter sejak dari model LC135 dan sehingga hari ini, mereka masih menggunakan logo model yang sama untuk Y15ZR (Exciter 150).

 

Ini kerana di Vietnam, nama Exciter itu sudah cukup sinonim dengan gelaran “king of Street” (raja jalanan). Ia adalah motosikal moden pertama di negara tersebut yang menggunakan selinder condong, sejukan cecair dan juga sistem transmisi dengan klac. Jadi mengekalkan nama Exciter adalah satu tindakan pemasaran yang sangat tepat.

Apa yang istimewanya tentang Exciter?

Bagi batak-batak Yamaha Y15ZR tempatan seperti Abang Japar pun, kami terpaksa akui bahawa Exciter Vietnam selalunya datang dengan rekaan warna dan gandingan grafik yang cantik.

Ia sangat berbeza dengan pasaran Thailand dan Indonesia pun. Malaysia tak payah cakap lah, batak Movistar tak habis-habis.

Antara yang menarik pada pandangan mata Abang Japar ialah Edisi GP (dengan pelana pun dijahit selang warna biru). Di Vietnam, Edisi GP dan Movistar adalah dua versi yang berbeza dan sebenarnya, Movistar bukanlah rare pun. Malay lebih murah dari versi terhad seperti “Camo”.

Ya. edisi “samaran” (camouflage) merupakan varian tertinggi yang dilancarkan pertama kali pada 2015. Konsepnya ialah grafik ala tentera dengan warna asas hijau.

Kemudian diperbaharui dengan edisi Camo 2016 dengan grafik coklat terang seakan emas matte. Sebenarnya kebanyakan idea grafik dan warna-warna “mati” (matte) ini memang datangnya dari Vietnam.

Pernah satu ketika, kit badan (coverset) camo ni harganya berada dalam lingkungan RM2K ke atas. Baru beberapa bulan kebelakangan ni sahaja harganya turun. Teringat waktu awal dilancarkan, kawan Abang Japar order terus dari sana, beli dengan harga dekat RM3K, dah macam beli kit superbike!

Tapi itulah penangan rare katanya.

Dan ini pula yang terbaru, Yamaha Vietnam melancarkan edisi khas sempena pengeluaran ke Sejuta Yamaha Exciter. Ia dikenali dengan nama Exciter LTD Matt Blue dan Exciter LTD Matt Green.

Sepertimana grafik model-model sebelum ini, mereka berjaya hasilkan kombinasi warna dan grafik yang mantap. Padahal, Y15ZR ni tak pernah menerima pembaharuan besar pun sejak dilancarkan. Hanya bersifat kosmetik.

Tapi harus diakui, Yamaha Vietnam berjaya menghasilkan sesuatu yang menyerlah menerusi model asas. Lihat sahaja pada kedua-dua model edisi khas dengan pemilihan warna dan grafik yang sepadan.

 

GALERI

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”131″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]

 

Google ads
"
"
Back to top button