BuletinMotosikal

EICMA 2017: BENELLI TRK251 250CC – MOTOSIKAL KEMBARA MAMPU MILIK (+VIDEO)

Begitulah realitinya, motosikal kembara (touring) merupakan kelas pengangkutan dua roda yang berkembang dengan pantas dalam dekad ini. Tidak dinafikan lagi, dengan jalinan jalanraya semakin baik, akses sempadan antara negara yang lebih mudah, motosikal kembara menjanjikan kembara overlander yang praktikal.

Memperkenalkan Benelli TRK 251, varian kembara terbaru daripada Benelli untuk dunia yang diperkenalkan pada pameran EICMA yang lepas.

BACA: BENELLI TRK 502-KEMBARA MAMPU MILIK DILANCARKAN

Tahun lalu, Benelli mengejutkan industri dengan pengenalan TRK502. Tak sampai setahun diperkenalkan di pameran, kita telah menerima model ini menerusi pengedar tempatan – Mforce Bike Holding. Dengan harga purata lebih rendah berbanding pesaing dari Jepun dan Itali, TRK502 menerima respon seperti yang dijangka, menggalakkan.

di EICMA 2017 baru-baru ini, Benelli memperkenalkan “adik” kecil TRK 251. Seperti yang anda bayangkan, ia adalah versi suku liter dalam liga yang sama dengan Kawasaki Versys X250 dan Suzuki V-Strom 250. Benelli percaya, kapasiti jenama Itali memungkinkan mereka merebut pasaran yang sedang membesar di negara-negara Asia Tenggara dan Eropah untuk kelas lesen lebih rendah.

Apa yang ditawarkan?

TRK251 dibina dengan kerangka tiub besi trellis dan enjin selinder tunggal 250cc DOHC. Enjin dari TNT25 ini menghasilkan 25.4 kuasa kuda pada 9250 RPM dan 21 Nm tork pada 8000 RPM.

Ia disejukkan sistem cecair dan digandingkan dengan transmisi enam kelajuan. Nampak biasa sahaja bukan? Tapi dalam kelasnya, TRK251 dipasangkan dengan suspensi hadapan teleskopik jenis USD.

Walaupun dipasangkan dengan brek cakera tunggal, ia sebenarnya dilengkapi dengan pengangkup empat omboh bersama cakera bersaiz 280mm di hadapan. Brek belakangnya pula dipasangkan dengan cakera 240mm dan sementara saiz tayarnya pula ialah 110 di hadapan dan 150 di belakang.

Dan untuk melengkapkan rekaannya sebagai sebuah kembara tulin, ia dipasangkan dengan tangki bahanapi 17 liter. Cukup besar untuk sebuah motosikal enjin satu selinder suku liter. 

ADAKAH KE PASARAN MALAYSIA?

Kami menjangkakan ia akan masuk. Cuma kita perlu tunggu pelancaran produksi penuh di peringkat global.

Benelli memaklumkan model ini akan diproduksi tahun hadapan dan seperti yang pernah kami tulis tentang TRK502 sebelum ini, telahan kami tentang kemasukan ke pasaran tempatan adalah tepat.

Lazimnya, ia akan tiba di sini dalam masa kurang setahun dari pelancarannya di EICMA. Jadi, tekaan kami ialah sekitar Jun hingga Ogos 2018. (sama seperti TRK502)

HARGA?

JIka TRK502 harganya bermula RM28,888, TRK251 sepatutnya diletakkan pada paras harga di bawah RM20,000 – mungkin sekitar RM18-RM19K

Jadi, kau bolehlah mula menabung.

GALERI

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”130″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]

 

Google ads
Back to top button