Artikel Pilihan

DAIHATSU TERIOS – ALKISAH SUV KOMPAK

Rasanya satu dunia mengenali Daihatsu Terios, sebuah SUV kompak yang tahan lasak dengan harganya yang mampu milik. Cubaan Daihatsu yang sememangnya handal dalam menghasilkan sebuah kenderaan kompak yang berguna dilihat berhasil.

BACA : TERIOS CUSTOM PUTIH PILIHAN INDONESIA

BACA : SUV KOMPAK : APA PILIHAN YANG KITA ADA?

SUV kompak ini sebetulnya amat digemari bagi gologan yang inginkan sebuah kenderaan yang kelihatan praktikal untuk dibawa ke pusat membeli belah dan sesekali untuk panjat divider cari ruangan parkir. Nak hadap banjir paras betis pun tidaklah goyang sangat orang kata. Masih mampu tersenyum dikala pemandu Axia mungkin dah habis ayat berdoa dan berzikir mohon janganlah air melimpah lagi.

Generasi Pertama Terios

Mula diperkenalkan bermula tahun 1997. Pilihan enjin yang ada di kala itu hanyalah bersesaran 1.3 liter sahaja. Kira bolehlah untuk menggerakkan dari Titik A ke Titik B dengan kadar konsumsi bahan bakar orang kata boleh tahan kuat juga. Akan tetapi bagi model JDM, ianya dinamakan sebagai Terios Kid dan dilengkapi enjin 660 liter berkuasa turbo. Ianya ditakrifkan sebagai kei car. Selain itu, lencana Toyota turut dipakakan di Jepun dengan nama Toyota Cami.

Di Malaysia, barangsiapa yang memandu Perodua Kembara CT Elegance yang dilengkapi dengan DVVT sudah boleh dikira sebagai orang ada-ada. Kemasan luaran dan dalaman bagi model asas Terios memang boleh dikira sebagai berada dalam kelas tersendiri.

Di lain-lain negara, seperti di India ianya dikenali sebagai Premier RiO. Manakala di China, terdapat dua versi Terios. Versi halal dan haram. Yang halal dijelmakan sebagai  Huali Terios yang mana ketika itu kerjasama rasmi antara pihak Daihatsu dan juga FAW. Manakala Zotye 2008 adalah satu lagi model Terios ini tetapi jenis yang copy paste terus.

Manakala di Indonesia pula, ianya dikenali sebagai Daihatsu Taruna. Dan ianya didatangkan versi tujuh tempat duduk bagi memenuhi citarasa di sana.

Generasi Kedua

Daihatsu terus menghasilkan Terios generasi kedua ini bermula tahun 2006 dengan turut membekalkan unitnya kepada Toyota untuk dijelmakan pula sebagai Toyota Rush. Kali ini, versi tujuh tempat duduk ditawarkan untuk pasaran global baik untuk model Daihatsu mahupun Toyota.

Bagi versi tujuh tempat duduk, ianya menerima sambutan yang boleh tahan juga bagi membolehkan Jurujual untuk mendapatkan komisyen yang lumayan juga. Gaya urban dan praktikaliti bersatu. Lakulah Toyota Rush itu di negara serantau.

Walau bagaimanapun, untuk versi JDM, ianya dikenali sebagai Daihatsu Be-go. Dan Be-go ini Perodua pula membawa masuk secara CBU dengan jumlah unit yang terhad lalu didaftarkan atas nama Perodua Nautica dengan harga yang hampir tidak masuk akal walaupun ditawarkan dengan enjin 1.5 liter.

Generasi Ketiga

Kredit Foto : Dapurpacu.com

Ianya diperkenalkan terlebih dahulu sebagai pengganti Toyota Rush di pasaran Indonesia setelah hampir sedekad tiada pengganti sehinggakan Toyota Rush versi sebelum ini kelihatan tersangatlah Pak Amid, Eh! Eh! Ampun Pak Amid. Ampun.

Model baharu ini diasaskan daripada  Daihatsu FT Concept, yang telah diperkenalkan semenjak tahun 2015 lagi. Untuk versi lima tempat duduk, dipercayai Daihatsu FX Concept yang bakal digunapakai untuk dijelmakan sebagai Daihatsu Terios. Perodua Kembara generasi baharu tahun hadapan? Tunggu!

Google ads

B K

Back to top button