Buletin

RAKYAT MALAYSIA BENGANG WARGA ROHINGYA KUTIP DUIT PARKIR RM20 DAN BERLAGAK SAMSENG

Isu membabitkan pelarian Rohingya di negara ini terus menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai.

Setiap hari ada sahaja masalah yang didakwa berpunca daripada etnik Rohingya sehingga menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati penduduk setempat.

Dalam video pendek yang tular baru-baru ini, sekumpulan Rohingya didakwa berlagak samseng dan mengutip wang parkir sebanyak RM20 untuk setiap kenderaan di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

“Ini tidak boleh dibiarkan! Mereka ramai jadi samseng untuk minta duit orang ramai, menyamar jadi peminta sedekah, jadi penjaga parkir, macam tanah dia. Bila orang tak nak bagi, dimarahnya pula macam samseng,” kata Airul Azmi.

“Kita orang Malaysia pun gaji berapa sehari nak diikutkan. Memang melampau,” luah pengguna tersebut.

Video berdurasi kurang satu minit itu telah mendapat perhatian ramai sehingga tular di pelbagai platform lain dan kini mencecah lebih 450,000 tontonan.

Sementara itu, netizen berkata agensi penguatkuasaan undang-undang harus mengambil serius kejadian ini bagi mengelakkan lebih banyak masalah sosial serta menggesa pemandu supaya tidak mengalah kepada Rohingya.

“Tolonglah warga Malaysia, jangan terlalu baik. Punca rakyat malaysia kena pijak kepala sebab terlalu baik dan berlembut dengan warga luar,”

“Ibu negara pun mereka (warga Rohingya) dah tawan, nanti satu Malaysia jadi negara mereka sendiri, orang tempatan pula takut dengan orang asing ini,” ujar pengguna lain. – Kosmo

Google ads
Back to top button