Buletin

SINDIKET CURI KERETA MEWAH DI BENGKEL, PARKIR VALET DAN KEDAI CUCI KENDERAAN AKHIRNYA TUMPAS

Sindiket curi kereta mewah akhirmya tumpas setelah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan 14 individu dalam serbuan baru-baru ini.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata suspek berusia antara 22 hingga 43 tahun berjaya ditahan, selaim menyita lima kenderaan mewah dipercayai hasil curi.

Menurutnya, sindiket itu menyasarkan pusat atau bengkel jualan kereta, parkir valet serta kedai cuci kereta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang.

“Modus operandi ahli sindiket ini ialah berpura-pura menjadi pembeli atau pemilik kenderaan sebelum memperdaya pekerja untuk menyerahkan kunci kereta.

“Sindiket ini juga didapati mendapat khidmat ‘joki’ untuk menghantar beberapa kenderaan curi ke Thailand,” katanya dalam satu kenyataan.

Polis menerima 14 laporan berhubung kecurian kenderaan mewah yang dipercayai membabitkan sindiket berkenaan.

Beliau menasihatkan orang ramai, terutamanya pekerja di pusat jualan kereta, bengkel, parkir valet dan kedai cuci kereta supaya berhati-hati dengan individu yang mendakwa sebagai pemilik atau wakil pemilik kenderaan.

“Kami mengesyorkan agar langkah keselamatan diambil di premis terbabit dan prosedur penyerahan kunci serta kenderaan diperketatkan.”  – Bernama

Google ads
Back to top button