
SHELBY COBRA CSX10000 – JELMAAN RETRO DENGAN ENJIN YANG POWER
Buat pertama kali dalam hampir 60 tahun, Shelby Cobra CSX10000 baharu akan kemballi semula sebagai kereta yang moden yang kekal menggunakan kunci di United Kingdom. Evolusi terbaharu roadster terkenal ini menggabungkan salasilah model lagenda dunia Shelby Cobra 1962-1967 dengan pelbagai ciri moden dan juga kontemporari termasuklah enjin Ford Coyote V8.
Sebagai permulaan, Shelby Cobra CSX10000 baharu ini akan hanya tersedia secara eksklusif di United Kingdom, melalui pengesar rasmi terkemuka Clive Sutton.
Shelby Cobra pada mulanya diperkenalkan di Pameran Auto New York pada tahun 1962, dengan versi terkini yang menampilkan casis yang dibangunkan menggunakan komputer serta enjin Ford dengan blok yang lebih besar pada tahun 1965. Kini, melalui perjanjian Kerjasama diantara Shelby da Clive Sutton, bakal pembeli boleh mula menempah Shelby Cobra serba baharu sekali gus menandakan kepulangan semula model roadster terkenal di United Kingdom.

Model baharu siri CSX10000 ini masil lagi menampilkan siluet Shelby Cobra yang terkenal dan lagenda, malah kini ianya menggabungkan enjin 5.0 liter Coyote V8 yang turut dipasang pada model Ford Mustang generasi terkini. Enjin moden NA suntikan bahan api ini mampu menghasilkan 460 kuasa kuda dan 420 lb-ft tork yang dipadankan dengan kotak gear transmisi manual Tremec 6-kelajuan.

Rupa luaran yang sudah kelihatan retro dan asal kini diserikan lagi dengan penggunaan rim bersaiz 18-inci yang direka khas menyerupai roda Cobra 15-inci asal dan dipadangkan dengan tayar Continental Extreme Contact Sport, belakang 335/30ZR18 dan hadapan 275/35ZR18. Juga menarik apabila Shelby Cobra ini boleh ditempah sama ada dengan pemanduan sebelah kanan atau pun kiri.
Untuk pembeli yang inginkan prestasi terbaik boleh mendapatkan Shelby Cobra varian supercharged yang berupaya menghasilkan output kuasa 700hp @ 5,000rpm dengan tork 550b-ft pada 5,800rpm. Peningkatan itu menyaksikan skru berkembar 3.0 liter Whipple supercharge ditambah pada kereta bagi menghasilkan kuasa dan prestasi yang lebih.

Bahagian kokpit pula menampilkan ciri retro, sama seperti yang terdapat pada model asal generasi pertama, dengan penggunaan dail dan tolok yang direka semula Juga terdapat, bahagian dalamannya dibaluti kulit mewah dengan sulaman berbentuk berlian. Malah pembeli juga boleh menentukan pilihan warna dan juga jahitan mengikut kesesuaian. Harga yang ditawarkan adalah bermula £195,000 (RM 1,141,899).
BACA : ROADSTER RETRO ATAS NAMA BYD – SONGSAN SS DOLPHIN BERNILAI RM451K, 315HP
BACA : IVECO DAILY 4×4 TIGROTTO – TRUK DENGAN GAYA RETRO 50AN KINI HADIR DENGAN PEMANDUAN SEBELAH KANAN



