Buletin

ROADSTER RETRO ATAS NAMA BYD – SONGSAN SS DOLPHIN BERNILAI RM451K, 315HP

Sebuah roadster retro dilihat di jalan raya di China dan lebih menarik, roadster digelar sebagai Songsan SS Dolphin adalah keluaran sah daripada BYD.

Menurut laporan, memandangkan Songsan tidak mempunyai lesen pengeluaran kereta di China, maka penala itu perlu memakai logo BYD.

Dari segi sejarah, Songsan Motor adalah kelab motor di Beijing, sebuah komuniti cukup dikenali di sana. Mereka terlibat secara aktif dalam rancangan penalaan termasuk mempamerkan Harley-Davidson.

Ditubuhkan pada 1995 sebagai sekumpulan peminat budaya kereta, mereka secara rasmi memasuki perniagaan, berdagang serta mengubah motosikal dan kereta klasik pada tahun 2000.

Namun, sehingga 2020, barulah Songsan Motor melancarkan SS Dolphin yang diinspirasikan oleh Corvette. Model berkenaan dilancarkan di Beijing Motor Show 2020 dan diberi tanda harga AS$83,000 (RM385,991) sebelum dinaikkan kepada AS$97,000 (RM451,098).

Di bawah perjanjian kontrak, BYD bertanggungjawab untuk pengeluaran di mana platform, rangkaian kuasa, perisian serta sistem infotainmen semuanya diperoleh daripada BYD, manakala Songsan mereka bentuk badan kenderaan.

Roadster retro itu mempunyai dua tempat duduk dan untuk dimensi, ia berukuran 4855/1900/1431mm dengan jarak roda diletakkan pada 2700mm.

SS Dolphin terletak pada platform PHEV BYD dan dilengkapi dengan ICE 1.5T, menghasilkan 158hp dan motor elektrik dengan hamburan kuasa 147hp sementara bateri pula mempunyai kapasiti 16kWj, sesuai untuk julat 100km EV sahaja.

Untuk rekod, output maksimum gabungan ialah 315hp dan 535Nm tork. Kereta itu mempunyai gear 6-kelajuan, pecutan 0-100km/j hanya mengambil masa 5.9 saat.

GALERI:

Google ads
Back to top button