Buletin

WRC2 – APA CERITA PERSAINGAN KEJUARAAN MUSIM INI?

Pemandu muda rali dari kelas FIA WRC2, Oliver Solberg mengakui bahawa dia tidak akan rugi apa – apa dalam pendekatannya ke baki pusingan siri WRC2 tahun ini sekali gus memberikan makna bahawa beliau tiada apa untuk dibuktikan lagi dalam saingan kategori kelas kedua tersebut.

Pemandu Škoda dari Sweden itu telah memenangi hampir dua kali ganda lebih banyak peringkat perlumbaan berbanding pesaing terdekatnya dan mendahului lebih lama daripada pemandu yang lain sehingga 2023, tetapi tiada mengutip mana di rali Sardinia dan Estonia sekali gus telah menjejaskan misi kejuaraann FIA WRC2 musim ini.

Namun Oliver Solberg masih lagi mengekori Andreas Mikkelsen, dengan kekurangan 18 mata dengan Andreas Mikkelsen masih lagi kekurangan satu perlumbaan berbanding beliau.

Menurut Oliver Solberg sebenarnya persaingan merebut tahta WRC2 masih lagi terbuka walau pun beliau kini berada di tempat keempat keseluruhan di belakang pendahulu Andreas Mikklsen, Yohan Rossel dan juga Sami Pajari.

“Kejohanan masih terbuka,” kata Solberg kepada WRC.com. “Ia sukar – kami berada di tempat keempat dalam kedudukan sekarang, tetapi kami tidak pasti sepenuhnya siapa saingan utama. Adakah[Andreas Mikkelsen akan berpeluang untuk mendapatkan tujuh perlumbaan rali sepenuhnya? Jika dia melakukannya, sudah pasti, dia boleh menjadi sukar untuk ditewaskan. Ini adalah perkara yang rumit tentang WRC2 – sukar untuk mengetahui di mana semua orang berada.

Umum juga mengetahui betapa pantas dan lajunya Oliver Solberg musim ini. Cuma ada beberapa perkara teknikal yang membuatkannya tidak dapat untuk mengutip mata penuh setakat ini dalam kelas WRC2.

“Mari kita nantikan di Greece untuk perlumbaan rali berikutnya. Secara asasnya, saya perlu melakukan apa yang saya boleh lakukan dan berharap untuk yang terbaik; yang pasti saya tidak berasa akan rugi apa – apa kelak”.

“Ia belum berakhir dan, sudah tentu, saya mahu memenangi WRC2 ini,’ ujar Oliver Solberg lagi.

Dan sementara itu, pendahulu kejuarani WRC2 Andreas Mikkelsen akan meneruskan misi kejuaraan WRC2 musim ini dengan mengambil bahagian di EKO Acropolis Rally Greece pada bulan hadapan.

Bintang Norway itu terpaksa mengambil pilihan yang tepat untuk beraksi musim ini akibat kekangan bajet bagi memastikan beliau kekal memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2 bersama pasukan Toksport.

Dan untuk aksi di Greece kelak, Andreas Mikkelsen mengharapkan tidak mengulangi peristiwa pada tahun lepas yang mana beliau mengalami kemalangan di peringkat awal. Menang sudah pasti akan mencerahkan lagi peluang beliau untuk menang kejuaraan WRC2 kelak.

BACA : WRC2 – INILAH BARISAN PEMANDU HANDALAN MUSIM 2023

BACA : WRC2 – KATEGORI WRC YANG TIDAK KURANG HEBATNYA

Google ads

B K

Back to top button