Buletin

SHELL DRIVELINE KURANGKAN KOS OPERASI

Sempena penyertaannya dalam Ekspo Trak, Bas dan Komponen (MITBC) 2015, Shell Lubricants telah melancarkan secara rasmi pakej produk pelincir untuk tali pacuan (driveline) yang bertujuan membantu perniagaan mengurangkan kos operasi dengan ketara.

SONY DSC

Shell menawarkan rangkaian pelincir lengkap yang mampu melindungi semua komponen tali pacuan. Ini termasuk minyak enjin diesel tugas berat Shell Rimula, minyak gandar, transmisi dan gear Shell Spiraxs serta minyak gris Shell Gadus.

“Apabila digunakan pada seluruh tali pacuan kenderaan, minyak pelincir Shell mampu mengurangkan kos operasi dan melanjutkan selang masa servis. Ini jelas membuktikan bahawa penggunaan produk secara bersama membawa manfaat yang lebih besar,” kata Pengurus Besar Shell Lubricants, Malaysia & Singapura, Leslie Ng.

SONY DSC

NB Heavy Industries Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Sibu, Sawarak misalnya telah berjaya mengurangkan kos operasi tanpa menjejaskan masa penggunaan rangkaian kenderaannya sejak menggunakan minyak enjin diesel tugas Shell Rimula R5 LE 10W-40.

Hasilnya, penggunaan minyak pelincir yang lebih rendah dan penjimatan kos penyenggaraan berjaya menjimatkan perbelanjaan tahunan hampir RM2.5 juta.

SONY DSC

Kokorotus Estate Sdn. Bhd., sebuah syarikat perladangan di Lahad Datu, Sabah pula memperolehi manfaat sebaik sahaja bertukar kepada minyak transmisi dan hidraulik Shell Spirax.

Ia dapat melanjutkan selang masa pertukaran minyak traktornya dari 500 jam kepada 1,300 jam. Ini memberikan Kokorotus Estate penjimatan tahunan mencecah RM100,000.

shell-driveline-mekanika (4)

“Shell sentiasa memanfaatkan teknologinya untuk membantu pemandu trak, pemilik dan pengendali kenderaan berat dalam mencapai tahap kecekapan operasi yang lebih tinggi. Ini bermakna kurang masa kerosakan, lebih masa yang produktif. Produk Shell Driveline sememangnya boleh membantu anda mencapai matlamat tersebut,” tambah Leslie lagi.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button