Peranti

ACER PERKENAL TELEFON PINTAR DAN KOMPUTER RIBA BAHARU

Acer Malaysia semalam mengujakan pasaran apabila memperkenalkan tiga telefon pintar Acer Liquid dan satu siri komputer riba Aspire E.

Acer-Liquid-Acer-Aspire-E-launch-mekanika (10)

Telefon pintar itu terdiri daripada Liquid Jade Z, Liquid Z520 dan Liquid Z220 yang ringan dan menarik. Sementara siri komputer riba Aspire E pula tampil dengan empat warna yang cukup menyerlah.

SONY DSC

Liquid Jade Z

Dengan kemampuan merakam gambar dalam apa jua kondisi sekeliling, Liquid Jade Z dilengkapi sebuah kamera 13MP/F1.8 pada bahagian belakang dan kamera 5MP/F1.8 di hadapan yang membenarkan 20 peratus lebih banyak cahaya sampai ke alat pengesan (sensor).

Ia merupakan sebuah telefon selfie yang sempurna kerana mempunyai ciri Bright Magic Selfie dan lampu keliling untuk merakam foto terbaik setiap masa. Dengan kerangka nipis, paparan dalam sel beresolusi tinggi dan Gorilla Glass 3, Liquid Jade Z cukup mudah untuk digunakan menerusi  pelbagai ciri seperti Dual Shot, Voice Camera, Acer SnapNote dan Acer Extend.

Acer-Liquid-Jade-Z-mekanika

Liquid Jade Z hanya senipis 7.9mm dan seberat 110 gram, ini membuatkannya selesa untuk dipegang dan digunakan dengan satu tangan sahaja. Pengguna juga akan menikmati pengalaman melayari internet serta penstriman yang pantas menerusi pemproses Mediatek 64-bit quad-core dan 4G LTE Dual SIM.

SONY DSC

Liquid Z520

Satu lagi model dalam siri-Z, Liquid Z520 merupakan versi yang telah dinaik taraf untuk menawarkan pengalaman merakam selfie tanpa sentuh melalui kamera yang diaktifkan menggunakan suara. Ia juga memiliki storan dalaman mencecah 16GB dan disokong oleh 2GB RAM.

Dengan kamera  belakang 8MP Auto Focus, Liquid Z520 mengoptimum lampu flash LED untuk merakam gambar yang tajam dan cantik setiap masa. Liquid Z520 menyokong 3G Dual SIM.

Acer-Liquid-Z520-mekanika (1)

Untuk peminat muzik dan video pula, telefon pintar ini dilengkapi DTS™ Studio Sound yang menawarkan bunyi stereo yang sempurna dan sedap didengar.

Acer-Liquid-Z220-mekanika

Liquid Z220

Liquid Z220 direka dengan mengambil kira semua kelompok pengguna. Menampilkan paparan WVGA bersaiz empat inci dan 3G Dual SIM, Liquid Z220 merupakan telefon pintar pertama Acer yang dilengkapi sistem operasi Android 5.0 baharu – Lollipop. Ia lebih cerah, rata dan tampil menarik. Selain disokong oleh storan berkapasiti 8GB dan 1GB RAM.

Acer-Liquid-Z220-mekanika

Telefon pintar ini hadir bersama corak tekstil baharu yang diinspirasikan daripada sutera Thailand dan rekaan tengah piramid berwarna perak. Liquid Z220 dikuasakan oleh pemproses  Qualcomm Dual-core 1.2GHz Snapdragon 200.

Kamera belakang Auto Focus 5MP yang dilengkapi flash mempunyai pandangan sudut lebar 89 darjah dan kamera hadapan 2MP membolehkan perkongsian rakaman foto berkualiti atau selfie dapat dihasilkan dengan mudah.

 Acer-Liquid-Acer-Aspire-E-launch-mekanika (9)

Aspire E Series

Komputer riba daripada siri famili Aspire E memperkenalkan dua model baharu ke pasaran tempatan – Aspire E14 dan Aspire E15. Terkenal kerana praktikaliti dan kekukuhannya, komputer riba siri Aspire E sememangnya ideal untuk kegunaan harian.

Acer-Liquid-Acer-Aspire-E-launch-mekanika (1)

Siri Aspire E hadir dalam empat warna bergaya untuk dipadankan dengan apa jua personaliti. Ia juga menampilkan corak tekstil pada pelindung bahagian atas dan bawah yang merupakan sebahagian daripada amalan inovasi Acer untuk menawarkan rasa yang sofistikated kepada penggunanya.

Siri Aspire E menyokong kelajuan internet tanpa wayar 802.11AC sehingga tiga kali ganda melalui teknologi Qualcomm® MU | EFX MU-MIMO yang membolehkan beberapa orang pengguna mengakses saluran sama pada satu-satu masa. Acer Aspire diperakui oleh Skype dan menawarkan bunyi keliling yang hidup menerusi teknologi Acer True Harmony.

SONY DSC

Buat permulaan, hanya warna hitam, putih dan merah ditawarkan. Warna-warna lain seperti biru dan kuning misalnya akan berada di pasaran tidak lama lagi.

 SONY DSC

Model Acer Liquid Jade Z Acer Liquid Z520 Acer Liquid Z220 Acer Aspire E Series
Harga RM799 RM499 RM299 RM1,899 – RM2,999

Maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Acer Malaysia atau hubungi Acer Product Infoline di talian 1800-88-1288 (9am – 6pm, Isnin hingga Jumaat).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button