Peranti

MICROSOFT LANCAR KEDAI BAHARU DI KLCC

Microsoft Malaysia baru-baru ini melancarkan stor jualan sah yang pertama di Malaysia. Terletak di pusat beli-belah Suria KLCC, ia juga menjadi stor pertama seumpamanya di Asia Pasifik.

Microsoft-store-KLCC-mekanika (1)

Acara pembukaan itu dirasmikan oleh Ketua Pegawai Pemasaran dan Operasi Microsoft Malaysia, Rukmani Subramanian serta Pengarah Besar Jualan Peranti Microsoft Mobile untuk Malaysia, Singapura dan Brunei, Bruce Howe.

Stor itu akan akan menawarkan pelbagai produk  Microsoft seperti telefon pintar, peranti Surface, Windows, Microsoft Office 365 dan aksesori pihak ketiga demi memenuhi keperluan pelanggan di Malaysia.

Microsoft-store-KLCC-mekanika (5)

Premis itu dilengkapi Live Experience Table untuk menunjukkan bagaimana pengguna boleh mengintegrasikan pelbagai peranti Microsoft, aplikasi dan perkhidmatan dengan mudah.

“Orang ramai boleh berkunjung ke sini dan belajar bagaimana untuk memanfaatkan teknologi Microsoft sepenuhnya. Pengenalan stor ini juga merupakan satu langkah penting untuk kami meningkatkan lagi kesedaran mengenai jenama ini, selain meluaskan rangkaian produk dan servis Microsoft,” kata Rukmani.

Microsoft-store-KLCC-mekanika (6)

Di peringkat global, lebih 15,000 pusat jualan Microsoft akan menjalani proses penambahbaikan. Lebih 3,000 daripada outlet tersebut bakal menerima perubahan sepenuhnya dengan perabut dan papan tanda serba baharu. Di Malaysia pula, sebanyak 39 pusat jualan akan ditransformasikan menjelang akhir tahun 2015.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button