
SHELL HELIX ULTRA BARU
Shell hari ini memperkenalkan rangkaian produk baharunya yang lebih pintar, minyak enjin sintetik penuh Shell Helix Ultra.
Minyak enjin itu dirumus dengan teknologi Shell PurePlus dan Pembersihan Aktif yang telah dipatenkan. Direka untuk memenuhi keperluan enjin terbaru, ia memberikan perlindungan terbaik dari segi enapan dan mendapan pada enjin.
Selain menjaga kebersihan enjin, Shell Helix Ultra juga membersihkan enap cemar yang ditinggalkan oleh minyak enjin kurang bermutu.
“Shell Helix Ultra ialah minyak enjin kami yang paling canggih dan pintar. Produk ini menepati spesifikasi industri paling moden dan telah mendapat kelulusan daripada pengeluar kenderaan serta enjin terkenal dari seluruh dunia termasuklah Ferrari,” kata Pengurus Besar Kelompok, Asia Tenggara, Shell Lubricants, Troy Chapman.
Shell Helix Ultra memberi perlindungan daripada kehausan dan kakisan. Sekali gus membantu memanjangkan hayat enjin, mengurangkan kos penyelenggaraan dan menjimatkan sehingga 1.4 peratus penggunaan bahan api.
Serentak dengan pelancaran ini, portfolio Shell Helix telah disusun semula untuk membantu pemandu mengenali pelincir terbaik untuk kenderaan mereka dengan lebih mudah.
Rangkaian minyak enjin kereta penumpang yang ditawarkan termasuklah minyak mineral Shell Helix HX3, HX5, HX6 dan HX7 dengan teknologi sintetik, minyak sintetik penuh serta Shell Helix Ultra.
Sebagai sebahagian daripada peningkatan portfolio, label produk yang direka semula akan menjadikan produk lebih mudah dikenali. Maklumat seperti gred kelikatan dan kestabilan bahan api dapat dibaca dengan jelas.
Pada majlis yang sama, Shell Lubricants turut melancarkan promosi global Shell Helix 2014 dikenali sebagai The Ultimate Ferrari Experience.
Peraduan dua peringkat yang bermula dari 1 April hingga 30 Jun 2014 itu dibuka kepada pelanggan yang membeli pek 4 liter Shell Helix Ultra atau mana-mana produk lain daripada rangkaian HX7. Harga minyak enjin Shell Helix adalah seperti berikut:
| SENARAI HARGA SHELL HELIX | Semenanjung Malaysia | MalaysiaTimur |
| Produk | Harga bagi setiap pek (RM) | |
| Helix Ultra 5W-40 4-litre pack | 225.00 | 226.00 |
| Helix Ultra 5W-40 1-litre pack | 63.00 | 63.50 |
| HelixHX7 10W-40 4-litre pack | 119.00 | 120.00 |
| HelixHX7 10W-40 1-litre pack | 33.00 | 33.50 |
| Helix HX7 5W-30 4-litre pack | 125.00 | 126.00 |
| Helix HX7 5W-30 1-litre pack | 35.00 | 35.25 |
| HelixHX5 15W-40 4-litre pack | 86.00 | 87.00 |
| HelixHX5 15W-40 1-litre pack | 24.00 | 24.50 |
| HelixHX5 10W-30 3-litre pack | 66.00 | 66.90 |
| HelixHX5 10W-30 1litre pack | 24.00 | 24.50 |
| Helix HX3 20W-50 4-litre pack | 66.00 | 67.00 |
| Helix HX3 20W-50 1-litre pack | 19.00 | 19.50 |
Peringkat Satu menawarkan 10 hadiah pertama berupa wang tunai RM1,500 setiap satu dan 10 hadiah kedua wang tunai RM1,000. Manakala 10 pemenang hadiah ketiga akan membawa pulang wang tunai RM500 setiap seorang.
Seramai 10 orang pemenang hadiah pertama (Peringkat Satu) kemudian berpeluang bertanding dalam cabaran khas go-kart (Peringkat Dua) untuk merebut lima tempat sebagai pemenang hadiah utama.
Lima pemenang bertuah akan menyertai pemenang dari seluruh dunia untuk lawatan VIP 5 hari 4 malam ke Spa-Francorchamps, Belgium. Di samping menyaksikan Grand Prix Formula One Belgium 2014 dengan semua perbelanjaan ditanggung.
Maklumat lanjut tentang produk dan promosi global terbaru Shell Helix, sila layari laman web www.shell.com.my.












