Pandu Uji

VOLKSWAGEN PASSAT FACELIFT

Volkswagen Group Malaysia (VGM) hari ini mengumumkan ketibaan model Passat yang telah dipertingkatkan dengan spesifikasi lebih baik dan ditawarkan pada harga kompetitif.

42-17713191

Selepas pengenalan versi import sepenuhnya (CBU) pada tahun 2011, Passat dipasang di kilang DRB-HICOM di Pekan setahun kemudian. Sejak itu, ia telah menjadi model paling popular dalam rangkaian produk Volkswagen di Malaysia. Jualan model CBU dan CKD hingga ke hari ini mencecah lebih 6,000 unit CBU dan CKD.

“Sejak model debutnya diperkenalkan pada tahun 1973, Passat telah mengalami penambahbaikan teknologi yang impresif untuk menjadi sebuah sedan eksekutif premium seperti hari ini,” kata Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Christoph Aringer.

Volkswagen-Passat-facelift-Mekanika (4)

Antara ciri-ciri yang dipertingkatkan pada Passat ialah sistem ketersambungan, keselamatan dan keselesaan. Tempat duduk hadapan boleh laras sebanyak 12 hala. Manakala fungsi memori pada tempat duduk pemandu pula memastikan perjalanan yang selesa dan tidak memenatkan.

Dari aspek keselamatan pula, Passat kini dipasang dengan sistem penggera anti kecurian dengan pelumpuh elektronik. Satu lagi penambahbaikan ketara ialah cermin sisi yang boleh dilipat secara elektrik.

Volkswagen-Passat-facelift-Mekanika (3)

Dilengkapi enjin pancitan petrol empat silinder dengan pengecas turbo TSI 1.8 liter berkuasa 160PS, Passat mampu menghasilkan tork maksimum 250Nm bermula dari serendah 1,500rpm hingga 4,200rpm sekali gus menjadikannya antara kereta paling berkuasa dalam segmennya.

Enjin yang efisien ini dipadankan dengan kotak gear Direct Shift (DSG) tujuh kelajuan. Ia membolehkan sedan ini memecut dari 0 hingga 100km/j dalam tempoh 8.5 saat dan berupaya mencecah kelajuan maksimum 22km/j.

Volkswagen-Passat-facelift-Mekanika (5)

Passat didatangkan dalam enam warna pilihan iaitu putih, coklat muda, perak, hitam, coklat gelap dan kelabu. Passat kini boleh ditempah di semua pengedar Volkswagen pada harga jualan RM169,888 seunit. Maklumat lanjut mengenai Volkswagen Passat, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button