Pandu Uji

PERODUA MYVI XT

Perodua Myvi ialah sebuah kereta yang hebat. Sebabnya, walaupun sudah sembilan tahun berada di pasaran, angka jualannya tidak menampakkan tanda akan surut.

SONY DSC

Sejak tahun 2005, lebih 750,000 unit Myvi berjaya dijual. Menyumbang sebanyak 50 peratus kepada jualan keseluruhan Perodua, Myvi menjadi model paling laris selama lapan tahun berturut-turut. Model kompak ini menjadi pilihan kerana praktikaliti, penjimatan dan harga berpatutan yang ditawarkannya.

Hari ini, Perodua menambah satu lagi varian ke dalam keluarga Myvi, dikenali sebagai Myvi XT. Menerusi penambahan ini, Myvi kini mempunyai empat varian iaitu Myvi 1.3L XT, Myvi 1.3L SE, Myvi 1.5 SE dan Myvi 1.5L Extreme.

SONY DSC

Membawa maksud ekstra, Myvi XT diberi pelbagai penambahbaikan bernilai RM1,600 tanpa sebarang kenaikan harga. Ciri baharu yang ada pada Myvi XT ialah rim aloi bersaiz 14 inci, gril krom, sistem audio dengan ketersambungan Bluetooth dan USB, konsol tengah berwana perak serta fabrik baru pada tempat duduk.

Perodua-Myvi-XT-Mekanika (20)

Myvi XT dikuasakan oleh unit enjin bersesaran 1.3 liter yang dipadankan dengan kotak gear manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan. Enjin itu mampu menghasilkan kuasa mencecah 67kW dan tork maksimum 117Nm.

SONY DSC

Varian itu juga didatangkan dengan warna baharu iaitu hijau. Warna lain yang boleh dipilih ialah merah, ungu, perak dan putih. Disasarkan untuk golongan pelajar pusat pengajian tinggi, graduan dan mereka yang ingin menaik taraf daripada kenderaan sedia ada, Myvi XT ditawarkan pada harga bermula RM41,936 seunit (di atas jalan).

Selain Myvi XT, Perodua turut memberi tambah nilai kepada varian Myvi 1.5 Extreme. Penambahan yang bernilai RM1,000 itu merangkumi filem keselamatan, pelapik lantai PVC, pelindung tempat duduk kulit yang baru dan sistem multimedia dengan iluminasi lampu berwarna merah.

Perodua-Myvi-XT-Mekanika (18)

Dijana oleh enjin bersesaran 1.5 liter DVVT, DOHC dengan EFI yang dipadankan bersama kotak
gear automatik, varian itu boleh anda miliki pada harga bermula RM61,240 seunit. Bagi memberikan pengalaman pemilikan yang berpatutan kedua-dua varian baharu ini hadir bersama servis percuma selama tiga tahun.

Pada majlis yang sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh melancarkan semula skim graduan, What’s Up! Graduate yang turut dipanjangkan kepada kakitangan Universiti Malaya untuk satu tempoh terhad.

SONY DSC

“Kami percaya bahawa pelancaran Myvi XT dan dan skim What’s Up! Graduate akan menjadi gabungan terbaik untuk mereka yang ingin memiliki sebuah Myvi. Lebih menarik lagi, tempoh menunggu adalah sekitar dua hingga empat minggu sahaja,” kata Aminar yang mensasarkan skim graduan kali ini dapat mencecah jualan sebanyak 5,000 hingga 6,000 unit.

Melalui skim What’s Up! Graduate, mereka yang layak akan menerima kad Petronas dan baucar Perodua bernilai RM500. Selain perlindungan polisi insurans kemalangan berjumlah RM20,000 secara percuma selama setahun. Skim tersebut terbuka untuk semua model Perodua hingga 31 Disember 2014.

Perodua-Myvi-XT-Mekanika (22)

Menyentuh tentang insentif kenderaan cekap tenaga (EEV) pula, Aminar memberitahu pihaknya ada memohon insentif daripada kerajaan dari segi kilang baharunya yang menggunakan teknologi hijau. Di samping produk yang menjimatkan bahan api dan rendah emisi.

[hr]GALERI

Perodua-Myvi-XT-Mekanika (1)SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCPerodua-Myvi-XT-Mekanika (25)

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button