Buletin

SHELL HELIX ULTRA ECT C2/C3 0W-30

Shell Lubricants memperkenalkan produk baharu, Shell Helix Ultra ECT C2/C3 0W-30  yang menggunakan Teknologi PurePlus.

Shell-Helix-Ultra-mekanika (1)

Minyak pelincir baharu berkenaan mampu melindungi enjin daripada kehausan empat kali lebih baik daripada piawaian industri, memberikan perlindungan tiga kali lebih baik daripada kakisan komponen enjin dan membantu memanjangkan jangka hayat enjin.

Ia juga memastikan omboh 45 peratus lebih bersih bagi memaksimumkan tugas enjin dan menawarkan sehingga 2.6 peratus penjimatan bahan api atau lebih 16 kilometer setiap satu tangki.

Shell-Helix-Ultra-mekanika (5)

Teknologi Shell PurePlus yang dipatenkan memiliki kelebihan Emissions Compatible Technology (ECT), yang membantu melindungi sistem emisi  enjin  diesel dan petrol terkini.  Ia juga menepati spesifikasi teknikal yang ketat dalam industri dan mendapat kelulusan daripada pengeluar kenderaan terkenal, termasuklah Mercedes dan Volkswagen.

Pengurus Besar Shell Lubricants, Malaysia dan Singapura, Leslie Ng berkata Shell Helix Ultra ECT C2/C3 0W-30 merupakan minyak enjin paling canggih setakat ini.

Shell-Helix-Ultra-mekanika (4)

“Shell Helix Ultra ECT C2/C3 0W-30 dibangunkan daripada keupayaan bahan api yang pelbagai dan sangat sesuai untuk kenderaan berteknologi tinggi dan emisi rendah.

“Kenderaan ini biasanya menggunakan enjin diesel dengan penapis zarah, enjin petrol prestasi tinggi, bio-diesel dan etanol.  Ia juga serasi dengan kebanyakan spesifikasi OEM dan industri,” katanya.

Shell Helix Ultra ECT C2/C3 0W-30 kini dijual pada harga RM338 untuk pek 4 liter.  Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.shell.com.my.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button