BuletinModifikasi

MITSUBISHI EVO X FINAL EDITION

Mitsubishi sudah mula mengambil pesanan model terakhir Evo pada bulan April lalu dan hanya 1,000 unit dibuat untuk pasaran Jepun.

2015 Lancer Evolution Final Edition

Tidak sampai berapa hari, kereta itu habis ditempah. Pengumuman model Final Edition dibuat pada pada tahun lepas. Nampaknya satu persatu jaguh dari Jepun menarik diri dalam arena kereta sports ini.

Sedih? Kalau anda memang rapat dengan scene automotif dan tiada sekelumit pun rasa sedih, maksudnya ada benda yang tak kena dalam diri anda.

2015 Lancer Evolution Final Edition

Seluruh dunia menantikan sebarang perubahan yang mungkin dibuat oleh Mitsubishi. Namun semuanya nampak sia-sia. Bulan lalu, Mitsubishi di Amerika Syarikat turut mengumumkan perkara yang sama.

Mereka mengambil pesanan model Final Edition ini, tetapi dalam suasana yang sangat berbeza.

2015 Lancer Evolution Final Edition

Di ibu pejabat Mitsubishi di Cypress California, mereka memperkenalkan kereta tersebut dengan menjemput hampir semua wakil kelab Mitsubishi di sana. Ada dari kelab Lancer Evo, Pajero, Starion, 3000GT, Delica, Eclipse dan VR4.

Mitsubishi-Lancer-Evolution-X-Final-Edition-mekanika (34)

Sebagai meraikan upacara terakhir jentera paling berpengaruh dalam dunia kereta 4WD Jepun ni, sebuah Evo Final Edition dipamerkan. Menurut Mitsubishi AS, untuk pasaran Amerika, mereka membina 1,600 unit dan mula mengambil tempahan sejak bulan lepas. Sama juga, tidak sampai berapa hari dah habis.

2015 Lancer Evolution Final Edition

Dunia automotif tulen sudah sampai ke punghujung hayatnya. Generasi baru takkan dapat lagi menikmati nilai kejuruteraan automotif sebenar.

Perumpamaannya pada zaman dulu, kereta dibuat di atas jalan, bukan dalam komputer. Zaman dulu, jurutera pun rebel, rambut panjang, hisap rokok Surya, malam-malam lepak racing.

2015 Lancer Evolution Final Edition

Zaman sekarang? Jurutera lulusan CGPA 3.85, kereta semua reka guna komputer. Dia orang hisap vape perisa anggur, malam kat rumah tengok cerita Titanic. Choii!

Mitsubishi-Lancer-Evolution-X-Final-Edition-mekanika (33)

RIP Alza…..

GALERI

Mitsubishi-Lancer-Evolution-X-Final-Edition-mekanika (1)2015 Lancer Evolution Final Edition2015 Lancer Evolution Final Edition2015 Lancer Evolution Final Edition2015 Lancer Evolution Final Edition2015 Lancer Evolution Final Edition2015 Lancer Evolution Final Edition2015 Lancer Evolution Final Edition2015 Lancer Evolution Final Edition2015 Lancer Evolution Final EditionMitsubishi-Lancer-Evolution-X-Final-Edition-mekanika (37)Mitsubishi-Lancer-Evolution-X-Final-Edition-mekanika (38)Mitsubishi-Lancer-Evolution-X-Final-Edition-mekanika (39)2015 Lancer Evolution Final Edition

Google ads
Back to top button