Motosikal

MINYAK ENJIN SHELL ADVANCE POWER & LONG RIDE. BERMULA RM50 UNTUK PEK 1-LITER

Inisiatif Shell untuk menawarkan produk minyak enjin yang tepat kepada pengguna kini diperluaskan kepada rangkaian minyak enjin motosikal Shell Advance.

Minyak enjin Shell Advance Power dan Shell Advance Long Ride nyata memudahkan para pemilik motosikal untuk memilih minyak enjin yang tepat dan direka khas bagi setiap gaya tunggangan serta keperluan mereka.

Direka khas untuk motosikal 4-lejang, ia merupakan rangkaian minyak enjin motosikal sintetik penuh premium paling mampu milik di pasaran Malaysia.

“Di Shell, kami sentiasa menerajui inovasi teknologi minyak enjin. Dengan Shell Advance Power dan Shell Advance Long Ride terbaharu, kami ingin para pemilik motosikal diberi kuasa untuk memilih minyak enjin yang tepat dengan menyediakan dua pilihan mudah mengikut keperluan mereka,” kata Pengurus Besar Shell Lubricants Malaysia dan Singapura, Nyon Kam Yew.

Shell Advance Power baharu (RM55 setiap pek 1-liter) direka khas untuk para pemilik motosikal yang mahu menikmati kuasa dan pecutan. Ia dicipta untuk memberi kuasa maksimum, selain mengekalkan output kuasa paling tinggi motosikal dengan mencegah permulaan proses pengoksidaan dan pembentukan deposit. Hasilnya, motosikal yang menggunakan Shell Advance Power tidak menunjukkan kehilangan kuasa sejauh 20,000km. 

Shell Advance Long Ride baharu (RM50 setiap pek 1-liter) dicipta untuk para pemilik motosikal mahu memastikan  enjin bebas masalah. Sesuai untuk tunggangan di bandar atau perjalanan jarak jauh, ia dirumus dengan formula penyejatan minyak minimum yang dicipta untuk daya ketahanan haba maksimum. Di samping  mampu mengurangkan penggunaan minyak untuk tunggangan sehingga  6,000km. 

Kedua-dua produk itu dirumus dengan Teknologi PurePlus iaitu minyak asas 99.5% tulen yang dihasilkan daripada  gas asli.  Ia terbukti memberi prestasi permulaan sejuk dan prestasi suhu tinggi yang lebih baik serta menjamin kebersihan piston dengan lebih baik berbanding minyak berasaskan ester.

Maklumat lanjut mengenai Shell Advance Power 15W-50 dan Shell Advance Long Ride 10W-40 baharu, sila layari www.shell.com.my/advancepowerandlongrideadvance.

Google ads
Back to top button