Buletin

SHELL FUELSAVE 95 JADI PILIHAN 10 KELAB KERETA TEMPATAN

Shell FuelSave 95 yang direka khas untuk memberikan ekstra kilometer menjadi pilihan utama 10 kelab kereta di Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada kempen Shell “Ekstra Kilometer, Ternyata Berbeza” yang menyerlahkan keupayaan Shell FuelSave 95 yang dilancarkan pada awal tahun ini.

Dalam majlis yang dianjurkan secara maya, wakil-wakil daripada 10 kelab kereta iaitu Proton Ambassadors of Malaysia, Myvi Gen.3 Club, HR-V Club Malaysia, Civic FC Club Malaysia, Geng Alza Biru Malaysia, Vios Yaris Owners Club, Mazda 3 Owner Club Malaysia, Kelab AruzR Malaysia, Nissan X-Trail Club Malaysia dan Volkswagen Club Malaysia secara rasminya menyokong kelebihan dan perbezaan ekstra Shell FuelSave 95. 

Sokongan itu adalah hasil kolaborasi dengan kelab-kelab kereta sejak tahun 2019 untuk menguji keupayaan Shell FuelSave 95. Kini, Shell FuelSave 95. Lebih 50,000 ahli kelab kereta akan menempuh jarak perjalanan melebihi 75,000km melalui pelbagai aktiviti yang dirancang apabila kerajaan mengumumkan kelonggaran sekatan Covid-19.

Kerjasama itu juga membolehkan Shell mendapat maklum balas pantas daripada  ahli kelab kereta mengenai pengalaman dan prestasi Shell FuelSave 95. Maklumat tersebut amat penting untuk Shell sentiasa meningkatkan kecekapan bahan api dan memberikan ekstra kepada para pengguna. Kelab-kelab kereta juga akan dijemput secara ekslusif untuk mencuba produk baru Shell.  

“Bahan api Shell dibangunkan menerusi kepakaran teknologi, penyelidikan rapi sejak berdekad lamanya dengan mengutamakan keperluan pengguna. Tidak semua bahan api dicipta sama dan kami sangat berbesar hati kerana begitu ramai pakar kereta memilih Shell FuelSave 95 untuk kereta mereka.

“Kerjasama ini mencerminkan keyakinan ahli kelab kereta terhadap keupayaan Shell FuelSave 95 yang memberikan ektra kilometer,” jelas Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd., Shairan Huzani Husain.

Bagi meraikan sokongan daripada 10 kelab kereta, pelanggan boleh menikmati diskaun sebanyak 5% ke atas baucar Shell RM30 dan RM50 di Shopee selama 10 hari  bermula 13 hingga 22 Ogos 2021 dengan menggunakan kod promo ‘EKSTRAKM’ (terhad kepada 2,000 kod sehari). 

Rakyat Malaysia juga boleh menonton ‘The Ekstra Onz Show’ di laman Facebook ERA FM untuk hiburan, memenangi ganjaran dan mendapatkan tip-tip yang berguna untuk menikmati ekstra penjimatan.

Maklumat lanjut, sila layari  www.shell.com.my

Google ads
Back to top button