Artikel Pilihan

LOGO FERRARI DAN PORSCHE SAMA? DUA DUA PAKAI KUDA HITAM

Porsche merupakan pengeluar kereta yang diasaskan oleh jurutera Jerman yang bernama Ferdinand Porsche pada tahun 1931 di Stutgart. Selepas perang dunia tamat, Ferdinand ditahan oleh tentera bersekutu dan syarikat ini diketuai oleh anaknya iaitu Ferry Porsche dengan menghasilkan kereta Porsche 356.

Jadi bagi menghormati tempat kelahiran dan permulaan Porsche di Stuttgart, Ferdinand memilih untuk menggunakan logo prancing horse yang berasal dari coat of arm Free People State of Wurttemberg dengan Stuttgart sebagai ibu negeri.

Ketika memulakan perniagaan pada tahun 1931, Porsche memberi fokus kepada konsultan pembinaan kereta terutama kepada kerajaan Jerman termasuklah Volkwagen Beetle dan juga Audi. Apabila Ferry Porsche membina model Porsche 356 pada tahun 1952, kereta ini mula menggunakan logo prancing horse sehinggalah pada hari ini

Bagi Ferrari, logo kuda hitam ini sebenarnya digunakan oleh Francesco Barraca iaitu seorang juruterbang yang terkenal ketika perang dunia pertama dengan rekod 34 pesawat musuh yang berjaya dijatuhkan. Malangnya dia terbunuh selepas pesawatnya yang dicat dengan logo kuda hitam ditembak jatuh. Logo ini kemudian diserahkan kepada Countess Paolina iaitu ibunya

Pada tahun 1923 Countess Paolina berjumpa dengan Enzo Ferrari selepas Enzo memenangi perlumbaan di Savio. Countess menyarankan agar Enzo menggunakan logo ini sebagai logo bertuah untuk kereta lumbanya. Logo ini kemudian digunakan oleh Enzo bagi kereta Ferrari Alfa Romeo dengan menggunakan kuda hitam dan latar belakang kuning

Ketika logo prancing horse ini diberikan kepada Enzo, warna asal kuda ini adalah merah. Namun bagi mengenangkan skuardon Barraca yang berkabung dengan kematian hero mereka Enzo menukar warna kuda ini menjadi hitam dan ekor kuda menegak ke atas manakala versi yang digunakan oleh Barraca ekornya ke arah bawah. Huruf SF pula digunakan bagi singkatan Scuderia Ferrari

Warna kuning dipilih menjadi warna rasmi latar belakang logo ini kerana warna kuning adalah warna rasmi bandar Modena tempat asal kelahiran Enzo. Logo ini mula digunakan pada surat rasmi Ferrari pada 1928 dan kereta lumba Alfa Romeo Ferrari pada 1932. Sesetengah mitos mengatakan logo yang digunakan oleh Barraca sebenarnya diilhamkan daripada musuh yang berjaya ditembak jatuh dan berasal daripada Stuttgart, Jerman

Logo Ferrari kemudian diubah dengan menambah warna bendera Itali dan berbeza dengan logo Porsche yang masih mengekalkan logo coat of arm Free People State of Wurttemberg

Google ads
Back to top button