Buletin

SIC DITUTUP SEMENTARA BAGI TUJUAN NAIK TARAF

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini mengumumkan bahawa ia akan ditutup mulai 15 Februari hingga 8 Mei untuk kerja-kerja naik taraf.

sepang-circuit-mekanika

Kali terakhir SIC ditutup untuk tujuan sama ialah pada tahun 2007. Kerja-kerja itu melibatkan kesemua 5.54km litar.

Ia adalah keperluan mandatori bagi memastkan SIC terus mendapat homologasi FIA dan FIM sebagai litar Gred 1 serta Gred A. Di samping mematuhi standard antarabangsa.

batch_Malaysian rider leading a Japanese rider into a corner

“Sejak lima tahun lalu, 98 peratus litar digunakan sepanjang tahun. Jadi SIC perlu terus menyediakan pengalaman dan keselamatan terbaik kepada para pelanggannya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Dato’ Razlan Razali.

Sepanjang tempoh naik teraf tersebut, litar ini akan ditutup sepenuhnya daripada semua aktiviti. Selain permukaan litar, proses naik taraf juga dilakukan ke atas sistem pengairan, kerb, tar pada run-off serta membina semula kawasan gravel bed di Turn 1 dan 15.

Google ads
Back to top button